23 November 2012

KOLEKSI : Mahasiswa dan AUKU

PENDAHULUAN

Mahasiswa dan AUKU adalah tajuk biasa yang selalu kita wacanakan sebelum ini. Tajuk ini juga telah banyak kita baca dan tulis dalam bentuk akademia sehinggalah catatan eksklusif secara blogging.

Maka, apabila kita berbincang tajuk kemahasiswa, tentu terbayang dalam pemikiran kita tentang aksi-aksi mahasiswa lampau. Mahasiswa era 1960an dan 1970an sering kali menjadi sejarah agong dalam generasi mahasiswa kini.Pidato lantang di speakers' corner, membuat kenyataan akhbar, memorandum terbuka hatta demontrasi aman di kampung dan desa sering kali menjadi tanda aras (KPi) dalam kamus perjuangan mahasiswa hari ini.

Akhirnya, kita secara semulajadi terbuai oleh rasa romastisme. Kita melihat aksi-aksi seperti di atas ini kononnya sebagai tradisi kita – Tradisi Mencabar!Buku 'Mahasiswa menggugat' (1972), Di Sebalik Tabir Politik Kampus (1995), Mahasiswa Abad Ke-21 (2005) dan sebagainya membentuk dogma-dogma stereotaip dalam kerangka gerakan kita pada hari ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus