08 February 2013

60 hari Najib rancang huru-hara mesti diganti dengan aksi rakyat tuntut peralihan kuasa Putrajaya secara aman?

SELEPAS mandat tamat pada 8 Mac nanti pun, boleh jadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengumumkan pembubaran Kerajaan bagi memberi laluan pada pilihan raya umum ke-13. 

Takkan pilihan raya mahu dilangsungkan serentak dengan Lima Langkawi yang menerima partisipasi pelabur-pelabur asing?

Mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh caretaker government, iaitu dalam masa 60 hari dari tempoh mandat tiada.

Sepanjang tempoh itu, Setiausaha Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat akan mengurus tadbir Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh 60 hari itu, macam-macam perkara boleh berlaku.

Iklan Untuk Sebaran!











Sepanjang tempoh itu, semua Exco Kerajaan Negeri serta staff kontrak boleh dihalang masuk ke pejabat Kerajaan Negeri.

Kalau Kerajaan Negeri berjaya memperoleh suplas berjuta ringgit sekalipun, dalam tempoh caretaker government itu, semua itu tidak boleh digunakan lagi untuk mempertahan mandat Kerajaan Negeri.

Semua gambaran ini telah dibincangkan oleh kaum pemikir Pas di Kelantan sejak selepas pilihan raya umum 1990-an lagi.

Sedar atau tidak, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sehingga sekarang akan memberi isyarat, "keluar semua duit tabung, kita nak belayar jauh" menjelang musim pilihan raya.

Tok Guru minta semua dana negeri dibelanja sebaik mungkin untuk kebajikan rakyat.

Ini kerana, 'tabung Kerajaan Negeri Kelantan' akan kembali berisi sejurus selepas pilihan raya umum selesai nanti.

Tok Guru turut mengarahkan semua Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan serta Majlis  Agama supaya membahaskan peruntukan tahunan masing-masing untuk program kebajikan rakyat sebelum berlangsungnya pilihan raya.

Semua itu penting untuk memastikan mandat Kerajaan Negeri kekal di tangan rakyat serta Pas di negeri berkenaan.

Sepanjang tempoh 60 hari itu, macam-macam perkara boleh berlaku.

Najib pasti melaksanakan pilihan raya paling awal pada hujung bulan Mei depan kerana mereka memerlukan masa sebulan untuk menyekat semua kelebihan DAP Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Umno Barisan Nasional pasti akan kalah lebih besar di Pulau Pinang jika semua perancangan tidak demokratik itu tidak dilakukan.

Rakyat perlu bila mata. Ahli Politik Pakatan Rakyat pun perlu buka mata luas-luas.

Orang yang percaya dirinya akan kalah tidak begitu mudah untuk menyerah kalah di Pulau Pinang dan Putrajaya kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, pihak berwajib seharusnya mengambil tindakan wajar supaya rakyat digembling untuk menuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Najib Radak sekarang!!!

#aman ! ! !

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus