10 February 2013

Dakyah tewas Anwar di Permatang Pauh boleh beri lalu Hadi jadi PM

MAZLAN disebut-sebut merancang untuk bertanding menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh atas tiket Umno.

Manakala, Hafiz Nordin pula belakangan ini secara terang-terangan menentang Pakatan Rakyat serta mengajak Pas sendirian tanpa PKR dan DAP.

Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang sekarang, Yusni Mat Piah diharap tidak mengikut jejak langkah dua pemimpin itu kelak.

Pas Pulau Pinang hanya mempunyai satu kerusi sahaja, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Kerusi yang disandang oleh arwah Pak Hamdan sejak pilihan raya umum 1999 kini disandang oleh Salleh Man.

Salleh Man sandang kerusi itu kerana beliau selaku Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dipilih mewakili Pas untuk bertanding di kerusi DUN itu dan menang.

Sungguhpun Pas hanya mempunyai satu kerusi, tetapi, Pas Pulau Pinang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.

Salleh kemudiannya dilantik memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pulang (MAINPP) kerana Pas adalah sebahagian entiti Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Sungguhpun Pas hanya ada satu kerusi Adun, (dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Adun lain yang ditandingi Pas dalam pilihan raya umum lepas tewas), tetapi, Pas diiktiraf sebagai entiti Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Pas dengan satu kerusi Adun berkuasa di Pulau Pulang sungguhpun dikatakan lemah.

Pas di Terengganu yang dikatakan paling kuat, hatta mendominasi hieraki Pas Pusat pun tidak mempunyai kuasa di Terengganu serta gagal merampas kembali kuasa Kerajaan Negeri semasa Tsunami Politik, 8 Mac 2008 lepas.

Inilah kelebihan muafakat politik atau tahaluf siyasi Pas di peringkat Malaysia yang menguntungkan parti Islam tersebut serta umat Islam di Pulau Pinang.

Jika Pas sendirian sebagaimana yang dituntut oleh Hafiz Nordin, mungkin tidak ke mana pun.

Dengan satu kerusi di Permatang Pasir dan kewibawaan Salleh, jika mengadakan muafakat dengan Umno pun, tidak mungkin Umno sanggup pengiktirafan setinggi yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekarang.

Selain itu, di Permatang Pauh, kawasan Yusni dan Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Pemuda Pulau Pinang yang disebut-sebut bertanding di DUN Bayan Lepas atau Parlimen Kepala Batas), Mazlan dilaporkan menyebarkan dakyah anti Pakatan Rakyat dalam kalangan pemimpin-pemimpin Pas sendiri.

Mazlan dilaporkan berkata bahawa, jika Pas membantunya sampai Anwar tewas di Parlimen Permatang Pauh, sekaligus memberi laluan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) untuk menjadi Perdana Menteri.

Mazlan cuba memperkecilkan intelektual pemimpin Pas, sudah-olah pilihan raya umum nanti hanya menyaksikan pertandingan di Parlimen Permatang Pauh dan Marang (yang diwakili Hadi) sahaja.

Pilihan raya umum nanti bakal menyaksikan pertandingan di 222 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat boleh menamakan calon Perdana Menterinya jika representasi mereka terbanyak di Parlimen.

Pas boleh mengemukakan calon Perdana Menterinya jika representasi Pas paling ramai di Parlimen berbanding dua parti kawanan Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.

Arwah Datuk Fadhil Mohd Noor pernah diiktiraf sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sungguhpun beliau secara berani mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Umno BN tumbang di Putrajaya pada musim pilihan raya umum 1999.

Bekas Presiden Pas berkenaan akhirnya dipilih menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia semasa itu kerana representasi Ahli Parlimen Pas paling ramai di Dewan Rakyat berbanding Wakil Rakyat oposisi lain.

Gambarannya di sini, jika Pakatan Rakyat menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan Pas memang keseluruhan 64 kerusi Parlimen sasaran tanding, sudah tentu melayakkan parti Islam itu menamakan calon Perdana Menterinya sendiri.

Begitu jugalah jika Pas menang di kesemua lima kerusi DUN Pulau Pinang (sepatutnya DUN Sungai Acheh pun Pas tanding, tetapi Pas Pulau Pinang didedah enggan menamakan Mujahid sebagai calon kerusi itu sebagaimana yang disyaratkan oleh PKR Negeri), sudah tentu seorang atau dua Adun Pas dicalonkan sebagai Exco Kerajaan Negeri kelak.

Inilah logik mengapa Pas seharusnya fokus untuk menang di kerusi sasaran tanding, bukan melayan dakyah Mazlan dan Hafiz.

Pun begitu, ada juga pemimpin Pas yang terpedaya oleh dakyah Mazlan dan Hafiz.

Yusni dan Afnan sendiri sebagai pemimpin Pas kawasan Permatang Pauh tidak pernah kedengaran menyatakan pendirian terhadap rancangan anti Pakatan Rakyat yang diasingkan oleh Mazlan dan Hafiz.

Malah, kedua-dua pemimpin sayap pemuda itu tidak pernah pula tampil menolak dakyah yang sedang diledakkan oleh Hafiz dan Mazlan di Pulau Pinang, khususnya di Permatang Pauh belakangan ini.

Dalam bab ini, Salleh wajar dipuji kerana beliau beberapa kali menafikan Pas terlibat di sebalik tindakan Hafiz Nordin meledakkan dakyah politik anti Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Kalau ya pun Yusni dan Afnan lebih bersetuju dengan cita-cita tidak rasmi Pas menamakan Hadi ganti Anwar sebagai Perdana Menteri kelak, jangan lah sampai memberi peluru hidup kepada dua pemimpin mesra Kerajaan Perpaduan (UG II) terbabit, iaitu Hafiz dan Mazlan.

Iltizam politik Hafiz dan Mazlan adalah senada dengan Hasan Mohd Ali (bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang kini menubuhkan JATI  untuk menentang Pas) dan Nasharuddin Mat Isa (bekas Ahli Majlis Syura Ulamak Pas yang kini mesra dengan Perdana Menteri Najib Razak) yang jelas-jelas menguntungkan Umno dalam pilihan raya umum nanti.

Jika Pas kekal bersama Pakatan Rakyat, mereka tanding 64 kerusi Parlimen.

Dalam senario Pas bersaing dengan Umno di kebanyakan kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum kali ini,  takkan Umno bersedia memberi kesemua 64 kerusi yang Pas sasar tanding atas jalan rundingan kedua-dua parti itu.

"Umno boleh beri berapa kerusi kepada Pas secara rundingan jika Pas sendirian atau bersama Umno dalam pilihan raya umum (ke-13) nanti," kata seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Malaysia malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus