10 February 2013

Faqar sertai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Guan Eng

SAYA sekarang di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PiSA), menanti berlangsungnya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Program dijadual berlangsung jam 10.30 pagi ini.

Ahli Majlis MPSP, Ahmad Tarmizi Abdullah baru menghubungi saya, memberitahu beliau dalam perjalanan ke PiSA.

Terlanjur beliau menghubungi saya, saya bertanya, Timbalan Presiden Pas Haji Mohamad Sabu hari ini di mana?

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang
Ahmad Tarmizi memberitahu, Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil "Abang Mat" meraikan Tahun Baru Cina kali ini bersama-sama Lim Kit Siang (Penasihat DAP) di Kuala Lumpur.

Diharap ada pemimpin Pas Negeri hadir di sini kerana harus sambut Tahun Baru Cina demi dakwah, erat persaudaraan insan.

Di sini, saya ditemani Cik Diana.

Cik Diana berkata, pejabat Ketua Menteri baru menerima kad jemputan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional lewat jam 5 petang.

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow sebelum ini dilaporkan berjaya, pihaknya telah mengutus kad jemputan seawal Isnin lepas lagi.

Kalau tak menipu, itu bukan BN namanya.

Setakat ini dulu, wasalam!


"Tuntut Peralihan Kuasa Secara Aman Pakatan Rakyat Ke Putrajaya Daripada Najib Razak"

"Ular Bersalin Kulit, Rakyat Bersalin Kerajaan Pusat"


BJ Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis peduli
9.30 pagi |9.30 pagi

1 comment:

  1. Dilaporkan, Setiausaha Perhubungan Pas Pulau Pinang, Mohd Noor Harun dan Fadhil Mimi (Ketua Lajnah IT Pas Kawasan Tasek Gelugor) antara pemimpin Pas yang hadir sehingga tengah hari tadi.

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus