10 February 2013

Keanjalan cita-cita politik dakwah mampu menggamit sokongan rakyat terbanyak terhadap Pas di PRU13

Berikut adalah jawapan fiqh al-Islami bagi menjawab isu cita-cita Pas mahu melaksanakan Hudud dan mendirikan Negara Islam yang didakwa pudar ekoran parti Islam itu bersama PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat.

Jawapan ini untuk menolak dakyah Umno, Hasan Ali Jati, Nasharuddin Mat Isa, Hafiz Nordin dan Mazlan (bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang) serta pemimpin UG II dalam Pas Pulau Pinang.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat suruh kita fokus menang di semua kerusi ditandingi, bukan lautan dakyah musuh Pas.

JAWAPAN:
PAS FLEKSIBEL DALAM CITA-CITA POLITIK UNTUK TUMBANGKAN KEZALIMAN UMNO KE ARAH MENDIRIKAN NEGARA KEBAJIKAN

Kebijakan ajaib Tok Guru antaranya dalam soal Fiqh al-Islami.

PAS bertuah kerana mempunyai seorang tokoh seperti Tok Guru. 

Salah satu disiplin usul fiqh yang menarik untuk kita perbincangkan adalah mengenai al-hukmu ‘ala at-tarakhidan al-hukmu ‘ala al-fauri. 

Al-hukmu ‘ala at-tarakhi dalam konotasi yang mudah bermaksud hukum secara berlambatan. 

Al-hukmu ‘ala al-fauri pula bermaksud hukum secara bercepatan. 

Perbincangan mengenai kedua-dua hukum ini berlaku apabila berhimpun lebih dari satu kewajipan dalam satu-satu kondisi baik (1)masa atau (2)tempat.  

Kes 1: 
(a) kewajipan solat Zohor & Asar di dalam waktunya. 

(b) kewajipan doktor menyelamatkan nyawa pesakit di kamar bedah bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 5.30 petang.

Dalam konteks atau kondisi kes 1 ini, kewajipan (a) adalahal-hukmu 'ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan secara menghimpunkan solat (jama') Zahor dan Asar selepas jam 5.30 petang. 

Berbanding dengan kewajipan (b) adalah al-hukmu ala al-fauri kerana kewajipan itu mungkin akan gagal ditunaikan (disebabkan pesakit hilang nyawa) disebabkan doktor berkenaan melengah-lengahkan soal menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.  

Kes 2: 
(a) Kewajipan menunaikan haji & umrah (kali pertama) pada bulan November ini oleh pengundi berdaftar. 

(b) Kewajipan menolak kezaliman Umno BN di PRU13 (katakanlah rasmi) SPR umum pada bulan November ini. 

Dalam konteks kes 2 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan pada tahun ini atau tahun depan sekiranya tidak ada berhimpun dengan kewajipan yang bersifat sebagai al-hukmu 'ala al-fauri seperti (b) yang mesti ditunaikan pada waktu pilihan raya itu diadakan sahaja, tidak boleh ditunaikan pada waktu lain.  

Kes 3: 
(a) Kewajipan menunaikan Umrah oleh Rasulullah s.a.w selepas mendapat wahyu (dalam bentuk mimpi) pada tahun ke-6 Hijriah. 

(b) Kewajipan mememeterai Perjanjian (bertulis) Hudaibiyah. 

Dalam konteks kes 3 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu 'ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan pada tahun tersebut. 

Yang menarik, Rasulullah s.a.w menangguhkan kewajipan (a) untuk melaksanakan kewajipan (b) kerana kewajipan (b) dalam konteks ketika itu adalah al-hukmu ala al-fauri. 

Rasulullah s.a.w sanggup menggugurkan kalimah Basmalah dan 'Rasulullah' seperti yang diminta oleh Suhail demi menjayakan kewajipan (b) yang nyata adalah al-hukmu 'ala al-fauri. 

Rasulullah s.a.w berjaya memeterai Perjanjian Hudaibiyyah walaupun ketika itu Rasulullah s.a.w mempunyai masdaqiyyah al-ijtima'iyyah (mandat sosial masyarakat) di Madinah. 

Mengapa Rasulullah s.a.w tidak rigid dalam melaksanakan cita-cita Islam yang wajib (iaitu umrah) sedangkan ketika itu Rasulullah s.a.w merupakan seorang 'Menteri Besar' Madinah al-Munawwarah? 

Mengapa keanjalan pada sunnah Rasullah s.a.w dalam konteks memeterai perjanjian Hudaibiyyah itu memberi isyarat bagi mendapatkan masdaqiyyah al-ijtima'iyyahMakkah?  

Kes 4: 
(a) Kewajipan PAS melaksanakan hukum Allah di Kelantan dalam konteks Malaysia (b) Kewajipan PAS menolak kezaliman Umno BN di PRU13 bersama-sama DAP & PKR di PRU13 dalam konteks Malaysia.

Dalam konteks kes 4 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu 'ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan sekarang atau dilaksanakan selepas PRU13 kelak. 

Berbanding kewajipan (b) adalah al-hukmu 'ala al-fauri yang yang mesti direalisasikan bersama di PRU13, iaitu kezaliman Umno perlu ditumbangkan dengan muafakat DAP (termasuk Karpal Singh), PKR hatta rakyat sendiri yang terbatas pada masa sebelum dan ketika musim PRU13 sahaja. 

SEJARAH BUKAN SUMBER HUKUM
Perjanjian Hudaibiyyah tidak boleh dijadikan sumber hukum kerana sejarah bukanlah tidak boleh dijadikan sumber hukum. 

Sejarah Rasulullah s.a.w adalah sekadar suatu penjelasan atau gambaran di sebalik satu-satu sumber hukum yang diistinbatkan. 

Sebab itu, lihat tindakan Rasulullah s.a.w mengikut disiplin fiqh, kerana ia berlegar pada proses melaksanakan kewajipan berasaskan pada sumber hukum yang qat'i (al-Quran dan as-Sunnah) mahupun dzonni (al-Qiyas & al-ijma').  

al-Ijtihad al-maslahi 1: 
Ibrah dari tindakan Rasulullah s.a.w dalam konteks Perjanjian Hudaibiyyah antaranya:

(a) Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a.hum tetap melaksanakan Umrah al-Qadha pada tahun berikutnya. 

(b) Genjatan senjata selama 10 tahun. 

(c) Ruang dakwah dan dialog secara terbuka di Makkah.

3 perkara ini dilakukan oleh Rasulullah.

Pertama, Mengerjakan ibadat solat & umrah secara terbuka (syiar Islam)

Kedua, Membebaskan warga Arab Makkah yang diyang berhutang (kebajikan)Menebus, dan

Ketiga, Membebaskan hamba-hamba yang dizalimi oleh pemerintah Makkah (imej keamanan & keadilan)

(d) Ruang membina pengaruh di kalangan kerajaan-kerajaan lain seperti Raja Gassan, Abbessinia, Persia dan Romawi yang diusahakan sejak selepas Perang Badr (2H) lagi. 

(e) Bani Khuza'ah di Makkah berjaya dipujuk memeterai perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dipersetujui bersama melalui Perjanjian Hudaibiyyah. 

(f) membawa pada pengislaman beberapa wira musyrikin Makkah seperti Amru bin al-A’as, Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah.

Setibanya mereka di hadapan Rasulullah, Baginda bersabda: “Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah hati kesayangannya”.  

al-Ijtihad al-maslahi 2: 
Ibrah di sebalik tindakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam konteks sekarang menyuarakan cita-cita melaksanakan Hudud di Kelantan. 

(a) Semua pemimpin PAS yang bercita-cita melaksanakan hudud bersatu mempertahankan cita-cita Tok Guru walaupun terpaksa berpecah dengan mereka DAP (dan mungkin PKR) dalam menentang kezaliman di PRU13 (sebagaimana menjelang PRU11 lalu). 

(b) 'Masdaqiyyah al-ijtima'iyyah' PAS di Kelantan mungkin kian kukuh dengan representasi Dun atau Parlimen di Kelantan bertambah walaupun 64 kerusi sasaran PAS untuk kuasai Putrajaya akan yang kebanyakannya di luar Kelantan mungkin ditolak disebabkan rigid dengan cita-cita islam. 

(c) Hudud mungkin boleh dilaksanakan selepas berjayanya referandum di Kelantan dalam penggal ini & depan, tetapi referandum ini mungkin mengakibatkan perbezaan yang lebih tajam (baca: al-ikhtilaf at-tanaqud) di peringkat nasional dalam kalangan Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak boleh dilaksanakan secara referandum pun kerana gagal menumbangkan Umno dalam PRU depan kelak. 

(d) Memanjangkan kezaliman Umno sepenggal atau lebih lagi disebabkan PAS rigid dalam melaksanakan cita-cita Islam bersama PKR dan DAP.

Sesungguhnya, usaha menumbangkan kezaliman lebih diutamakan dari pelaksanaan hukum syara'.  

Zainulfaqar yaacob
Wartawan
0194241583

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus