04 February 2013

Labu Labi ajar Melayu mimpi lawan Umno di PRU13

SAYA serta Hajjar Hasan dan Insyirah akan terbang dari Senai ke Bayan Lepas pada jam 8.20 pagi ini.

Pejam celik, hampir enam bulan, Hajjar menjalani kimoterapi 'anugerah' barah kelenjar darah limpa tahapan 4 di Hospital Sultanah Aminah sudah selesai.

Terapi lanjut sedang diatur di Hospital Besar Pulau Pinang, insya Allah.

Sambil-sambil kemas barang di rumah emak saudara Hajjar di JB malam tadi, kami sama-sama tonton filem klasik Labu Labi di saluran Astro Prima.

Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Md Zain (kalau tak salah) jadi Labu dan Labi.

Ini filem humor. Filem ini tak jemu ditonton berkali-kali kerana Melayu suka humor dan relaks.

Mereka adalah tukang gaji kepada Haji Bakhil bin Lebai Kedekut, seorang hartawan Melayu yang kaya.

Hari-hari, Labu Labi menerima herdikan serta layanan dingin Haji Bakhil, sampai mereka jadi takut dan kecut dengan Tuan mereka.

Sungguhpun begitu, angan-angan dan mimpi menjadi medan Labu Labi untuk mempertikai Haji Bakhil.

Macam-macam watak superhero sama ada baik atau sebaliknya dipegang oleh Labu dan Labu.

Lebih menarik, Haji Bakhil memegang watak hina dalam mimpi angan-angan Labi Labi.

Haji Bakhil jadi monyet. Haji Bakhil jadi pelayan pub dan banyak lagi watak.

Haji Bakhil tak habis-habis dimaki oleh Labu Labi, lebih teruk daripada layanan yang kedua-dua tukang gaji itu terima dalam alam nyata.

Apa sebenarnya kritik sosial yang cuba dibawa oleh P.Ramlee untuk kita?

Mungkin P.Ramlee nak menghantar mesej kepada kita - orang-orang Melayu - iaitu, jika kias tak berani lawan rejim Umno secara terbuka, belajar-belajar lah lawan rejim perasuah itu dalam mimpi.

Tiap-tiap malam, pasang azam mimpi rejim Umno akan tumbang di PRU13, kerana itu memberi sumbu semangat untuk rakyat tolak pentadbiran Rosmah Mansor melalui kertas undi.

Kalau berani lagi, lawan rejim melalui avatar-avatar di laman sosial Facebook dan Twitter.

Kalau berani lagi, pasang impian heret keluarga Najib ke kandang bicara kes pembunuhan Altantuyaa Mongolia macam yang diugut oleh Raja Petra dulu.

Kalau Melayu itu takut untuk lawan rejim Najib secara terbuka, jom belayar lawan rejim macam Labu Labi

Selamat malam semua. Jom mimpi Umno BN Najib tumbang di PRU13.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus