21 February 2013

Mangsa peras polis IPD Timur Laut didedah

Seorang tauke kedai fotostat yang dikenali sebagai 'Halim' di Wisma TNB (berdepan Wisma Persekutuan) George Town menjadi mangsa ugutan Special Branch (SB) Polis kertas direman lebih tiga jam di IPD Timur Laut.

Saksi memberitahu, insiden berlaku Selasa lepas.

"Mangsa diugut oleh SB untuk tidak fotostat risalah tertentu, tetapi, beliau enggan tunduk.

"Mangsa kata: Mana boleh tak fotostat, saya berniaga.

"Sebentar kemudian, beberapa polis lengkap dengan seragam tangkap mangsa, reman, siap ambil gambar dengan papan nombor badan pada mana.

"Polis langsung tak beritahu sebab mana ditangkap," kata saksi pagi tadi di Komtar, George Town.

Dalam perkembangan lain, saksi lain memberitahu, saudaranya direndam dan dituduh positif dadah di IPD yang sama.

"Abang ipar saya kena uji air kencing. Tanpa tunjuk keputusan, abang ipar saya dituduh positif dadah.

"Siap kena tampar di muka abang ipar saya, diperas RM500," ujar saksi.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan penyalahgunaan kuasa membabitkan pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus