02 February 2013

Melayu mati mengejut atau dipukul sampai mati dalam lokap polis?

TERLALU banyak kes tahanan mati dalam lokap sehinggakan kematian mereka yang dikategorikan sebagai kematian mengejut sukar dipercayai.

Mendiang A.Kugan sebelum ini pun dikatakan mati mengejut di lokap, namun, banyak pihak mengesyaki mangsa dipukul dalam lokap polis sehingga dibunuh.

Tiada mana-mana pihak termasuk mahkamah mengesahkan anggapan ini, tetapi, ahli politisi oposisi beberapa kali mendesak ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi memburu jawapan pada kes-kes sedemikian.

Dalam laporan terbaru Bernama hari ini, seorang lagi lelaki Melayu suspek kes samun dalam lokap polis dikesan mati, kononnya semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.

"Mohd Ropi Yaakob disahkan mati pada pukul 5.50 petang semalam. Dia ditahan di lokap polis Temerloh sejak 24 Januari," katanya kepada pemberita di Temerloh hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat pihak hospital, mendapati lelaki itu mati akibat 'upper gastrointestinal bleeding' (pendarahan gastrousus).

"Pemeriksaan terhadap mayat si mati turut dilakukan Majistret Temerloh Najwa Hashim, dan mendapati tiada kesan kecederaan dan tanda-tanda lebam pada badan si mati, serta tidak ada unsur jenayah atau kekerasan," katanya.

Beliau berkata lelaki itu mengadu sesak nafas semasa dalam lokap pada pukul 4.20 petang semalam dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lelaki terbabit ditahan bersama empat lagi lelaki berusia antara 23 dan 48 tahun.

Mohd Ropi yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan enam kes samun termasuk satu kes cubaan membunuh yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus