13 February 2013

Punca sebenar PSY, peminat Gangdam Style malukan Najib Razak?


PENASiHAT DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang kata, rakyat yang menyokong Umno Barisan Nasional sepatutnya insaf kerana Korea lebih maju berbanding Malaysia sungguhpun kedua-dua negara hampir sama kedudukannya 50 tahun lepas.

"50 tahun dulu, kita (Malaysia) dan Korea sama sahaja, tetapi negara Psy (Korea) itu lebih maju dari segenap segi berbanding negara kita di bawah cengkaman Umno BN sekarang.

"Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya membawa Psy sahaja ke Malaysia?

"Mengapa tidak membawa mesej Malaysia yang jauh mundur (dan) ketinggalan berbanding Korea kepada rakyat (Malaysia)?

"Ini kali lah...kita ubah Putrajaya dengan menolak pemimpin rasuah dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di peringkat pusat," ujar Kit Siang di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Lim Guan Eng, Sabtu lepas.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menyeru rakyat supaya menuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Umno BN tewas dalam PRU13 nanti. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus