28 April 2013

Kempen anti che'GuBard di Sg.Acheh babit Muslimat, Pemuda PAS?

SEKUMPULAN wanita mirip Muslimat PAS Pulau Pinang didakwa meneruskan kempen menyokong Yusni Mat Piah sungguhpun keputusan tertinggi parti bersama-sama Pakatan Raykat memberi laluan kepada che'GuBard untuk bertanding atas tiket PKR di kerusi Dun Sungai Acheh sejak kelmarin.

Malah, billboard Yusni yang turut dinaikkan oleh sekumpulan belia mirip pemuda PAS Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat memutuskan tiada pertandingan tiga penjuru bagi merampas Dun berkenaan daripada penyandang, Datuk Mahmud Zakaria daripada Umno.
PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.  
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut. 
Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini
Lapor Harakahdaily.net
Berikut adalah gambar sekumpulan wanita, belia mirip PAS yang didakwa sebagai kempen anti che'GuBard di Dun Sungai Acheh sehingga sekarang.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus