21 April 2013

Mujahid pelawa pencabarnya bentang manifesto Sabtu

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempelawa pencabarnya, Mu'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Haji Jamaluddin untuk duduk sepentas bagi mengemukakan manifesto masing-masing.

Penyandang Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, 'debat ala presiden' itu akan diada pada Sabtu, 27 April bermula jam 8.30 malam di Dataran Pasar Tani, Taman Kerian dekat parlimen itu.

"Sama ada calon Umno (Mu'amar Ghadafi Jamal) itu terima pelawaan atau tidak, program itu diteruskan," ujar beliau semalam sejurus selesai proses penamaan calon di Pejabat Daerah Kerian.

Mujahid, Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia berkata, penganjur bercadang untuk menjemput Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid untuk menjadi moderator majlis.

Mu'amar Ghadafi Jamal merupakan Pengerusi Gerakan 4B Malaysia.

"Inilah masa terbaik untuk kedua-dua pihak mengemukakan rekod serta idea-idea (manifesto) masing-masing untuk rakyat nilai sebelum 5 Mei (Hari Buang Undi) nanti," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus