04 April 2013

PAS P.Pinang umum calon PRU13 malam ini

Dikemaskini 5.30 pm | PAS Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh calon tanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) malam ini, kata pesuruhjayanya Datuk Mohd. Salleh Man.

"Malam ini, saya akan kemukakan pada semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri sebelum kepada media dalam masa yang terdekat," ujar Mohd. Salleh dipetik dari Harakahdaily.

Manakala, pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Hussain pula berkata, petugas parti dinasiatkan supaya tidak lagi memandang ke belakang, sebaliknya terus bekerja dan bertemu pengundi berwajib.

PAS bertanding dua kerusi Parlimen, iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Peringkat DUN pula, PAS bertanding enam kerusi DUN (bukan lima kerusi), iaitu Permatang Pasir, Bayan Lepas, Permatang Berangan, Bertam dan Pinang Tunggal serta Sungai Acheh.

PAS negeri didakwa menolak syarat PKR bahawa Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Malaysia) bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh sehingga mengakibatkan 'kerusi tradisi PAS' itu diserah kepada PKR.

Pilihan raya umum lepas, PAS tewas di semua kerusi yang ditandingi, kecuali Permatang Pasir yang dipertahan oleh arwah 'Pak Hamdan' sebelum berpindah tangan kepada Mohd. Salleh.


__________
RALAT: PAS dilaporkan bertanding di Sungai Acheh. Terima kasih kepada avatar Pakatan Ganti Umno kerana menegur penulis menerusi masej peribadi (pm) facebook.  

1 comment:

  1. Mana senarai?...rasa2 tau dah...muka2 yg nk betanding....boleh tambah kerusi ka?...Nk tnya sikit muka2 yg nk betanding bnyk dh ka khidmat pd Jamaah...?

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus