10 April 2013

"Pemuda tak kisah Sg. Acheh 3 penjuru asalkan Yusni calon PAS"

Pesuruhaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man petang tadi didesak untuk segera mengumumkan Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

Desakan itu disuarakan oleh beberapa pemimpin sayap pemuda parti semasa berlangsungnya satu mesyuarat negeri, dedah seorang pemimpin tinggi PAS Kawasan Permatang Pauh.

"Di (DUN) Pinang Tunggal pun tak naik nama Yusni. Pemuda PAS desak sebab Ketua Pemuda mereka tiada kerusi lagi," ujar sumber menerusi telefon petang tadi. 

Mereka berkata pemuda tidak kisah berlaku pertandingan tiga penjuru di Sungai Acheh memandangkan DUN itu dianggap 'kerusi tradisi PAS'.

Lewat malam tadi, Naib Presiden PKR merangkap pemangku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che'GuBard sebagai calon di DUN Sungai Acheh.

Mansor yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, che'GuBard bersama-sama angkatan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diharap mampu melonjak kemenangan parti bagi merampas DUN itu daripada Umno.

Semasa banyak pihak menyebut-nyebut che'GuBard sebagai 'timbalan ketua menteri I dalam penantian', mampukah Mohd Salleh tunduk pada desakan pemuda PAS hingga mencetus pertandingan tiga penjuru di DUN mampu menang itu?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus