29 April 2013

Punca Mohd.Noor halang Yasir Said bantu che'GuBard di Sg.Acheh...

GAMBAR Mohd. Noor Harun (berbaju puteh, berkepiah puteh) menyertai demontrasi kendalian bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Noordin. 

Kempen memenangkan che'GuBard di Dun Sungai Acheh semalam yang membabitkan juara Cub Prix Asia 2009, Yasir Said hampir tergendala gara-gara dihalang oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun.

Didedahkan, Mohd. Noor sejak Jumaat lepas menghubungi Yasir lalu mengarahkan ikon ARC itu supaya memboikot kempen che'GuBard di Dun yang hampir menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) dan penyandang Datuk Mahmud Zakaria (Umno).

"Semasa menghubungi Yasir, Mohd. Noor berkata PAS batal tahalluf siyasi dengan PKR di Dun Sungai Acheh," ujar seorang AJK PAS Pulau Pinang malam tadi.

Namun, Yasir dilaporkan menolak arahan itu atas alasan tiada pengumuman rasmi bahawa PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR hatta Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Mohd. Noor cuba dihubungi semalam untuk mendapatkan maklum balas lanjut tetapi gagal.

Bagaimanapun, laporan khusus mengenai tekanan Mohd. Noor kepada Yasir serta kumpulan che'GuBard telahpun dipanjangkan kepada seluruh kepemimpinan PAS dan Pakatan Rakyat sejak pagi tadi.

Pendedahan lanjut mengusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus