04 April 2013

RM500 bonus kakitangan Kerajaan Perak bukan 'gula-gula pilihan raya', dalih Zambry

MAMPUKAH Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membeli jiwa 8,000 kakitangan Kerajaan Negeri Perak dengan masing-masing diberi bonus RM500 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang?

Kira-kira dua jam sebelum DUN Perak diumum bubar semalam, Zambry berdalih, pemberian itu tidak wajar dianggap 'gula-gula pilihan raya',

Sebaliknya, beliau berdalih, ia amalan Kerajaan Negeri menghargai kakitangan negeri.

"Ini adalah menjadi amalan seperti tahun lalu, kakitangan awam negeri menerima pada kadar tertentu dan tidak diumumkan secara terbuka," dalih Zambry di Ipoh.

Ekoran itu, pelbagai tanda timbul, antaranya adakah wujud penyelewengan kuasa serta unsur rasuah pilihan raya dilakukan oleh Zambry?

Selain itu, jumlah peruntukan bonus yang keseluruhannya RM7 juta itu adakah sah diumumkan oleh Zambry sekarang?

Sehingga jam 10.30 pagi tadi, tiada laporan polis atau respons Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan luar biasa Zambry itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus