30 April 2013

Saya, Malik & Batu Maung laung 'Undi Pakatan, Rakyat Untung' malam tadi

MALAM tadi, saya tak ikut bos saya berceramah politik. Lim Guan Eng ceramah di Sekolah Tinggi Cina Han Chiang, Georgetown.

Hampir 20,000 juga katanya. Anwar Ibrahim pun ada malam ini.

Saya berkongsi pentas politik dengan Datuk Abdul Malik Abul Kassim di Kongsi 10, Sungai Ara.

Malam ini, saya membantu Abdul Malik meletakkan kemenangan PR di Dun Batu Maung.

Seperti tempat-tempat lain, saya bawa idea kempen yang mudah.

"Perubahan satu kemestian. Tumbang Kelantan, Selangor, Kedah, Perak (kemudian kudeta) dan Pulau Pinang pada PR masa PRU12 bukti perubahan satu kemestian.

"Pusat beri RM500 BR1M. Kerajaan PR DAP Pulau Pinang pun beri RM100 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan pelajar emas tiap-tiap tahun.

"Gambarannya, perubahan untung rakyat. Rakyat untung sebab rakyat buat perubahan.

"Semakin kuat pembangkang (Pakatan Rakyat), rakyat makin untung. (Pakatan Rakyat) menang Putrajaya, rakyat makin untung," tegas saya.

Malam tadi, orang tempatan yang hadir bersama saya melaung, "Undi Pakatan, Rakyat Untung!"

Boleh kita slogankan masej semudah ini untuk melonjak sokongan rakyat?

Kita ada 6 hari lagi saja, bukan 60 hari. 5 Mei Hari Buang Undi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus