10 April 2013

SPR jangan jadikan PRU13 'mee segera 10 minit' :Guan Eng


TEMPOH kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selama 15 hari sebagaimana yang diumum oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengecewakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tempoh kempen sepatutnya 21 hari sebagaimana yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sejak beberapa tahun lepas.

Bagaimanapun, pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata rakyat akan terus menilai SPR berdasarkan proses pelaksanaan demokrasi pilihan raya bermula Hari Penamaan Calon pada 20 April ini hingga 5 Mei depan, iaitu Hari Buang Undi.

"Saya rasa kita (rakyat) agak dukacita bahawa tuntutan sekurang-kurangnya 21 hari (tempoh berkempen) tidak ditunaikan.

"Memandangkan mereka telah mengumumkan itu tarikh, kita (Pakatan Rakyat) nak melihat bagaimana SPR boleh memastikan kebebasan diberikan kepada semua," ujar beliau di Komtar, George Town petang tadi.

Pemangku Exco Kerajaan Negeri yang juga wakil PKR, Datuk Abdul Malik Abul Kassim turut hadir pada sidang media itu.

Guan Eng berkata, tuntutan 21 itu adalah wajar memandangkan Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen menggunakan media arus perdana seluas Barisan Nasional sekarang.

Ekoran itu, katanya, langkah SPR mengumumkan tambahan dua hari lagi adalah masih tidak memadai.

Guan Eng turut mempertikai amalan pentadbiran pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membenarkan hanya 10 minit untuk rakaman manifesto Pakatan Rakyat diudarakan menerusi media arus perdana.

"Ini amat menghina bukan sahaja pada proses pilihan raya, bahkan proses demokrasi dan kebebasan media.

Kita berharap SPR boleh bersama-sama mempertahankan kebebasan ini, bukan sekadar 10 minit sahaja.

"10 minit (di udara), adakah mee segera? (Kempen PRU13) ini bukan mee segera. Ini bukan pilihan raya segera. Bukan sekadar 15 hari sahaja," tegas beliau

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus