21 April 2013

Steven Sim tanding Parlimen Bukit Mertajam

Bakal perdana menteri Ke-7, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) sekali lagi mengumumkan Steven Sim Chee Keong sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kawasan Parlimen Bukit Mertajam dalam rapat umum rakyat di Machang Bubuk malam tadi.  

MENERUSI facebook pagi iniSteven Sim Chee Keong mula menziarahi pasar basah Bukit Mertajam dan pasar pagi Taman Selamat sebelah pagi ini.

Pengalamannya mengikut penyandang Parlimen itu, Chong Eng tentunya menjadi bekalan sempena kempen 15 hari sebelum Hari Buang Undi pada 5 Mei depan.

Steven dilahirkan pada 13 Mei 1982. Oleh itu Steven percaya 13 Mei ialah hari bahagia, meraikan kehidupan bukan pertelingkahan.

Beliau telah berumahtangga, dan isterinya Chan Jo Rin merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat MNC di Pulau Pinang. Kedua-dua beragama Kristian dan menghadiri gereja Faith Community Church di Pusat Perniagaan Maju Jaya, Bukit Mertajam.

Steven bersekolah di SRK Stowell dan seterusnya High School Bukit Mertajam (HSBM). Beliau kemudiannya lulus ijazah Sains Komputer dari Universiti Malaya (2006).

Pada tahun 2012, Steven tamat kursus "Politik dan Polisi di Asia” di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Ramai tak tahu, Steven pernah bertanding dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya pada tahun 2002 dan menang. Dilantik menjadi AJK Biro Perpaduan Kaum Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Memang beliau pendatang baru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. Tetapi, Steven menyertai DAP sejak tahun 2007.

Beliau pernah bekerja sebagai pembantu khas YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan YB Lydia Ong (ADUN Berapit).

Dalam parti pula, Steven memegang jawatan sebagai:
  1. Pengerusi DAP cawangan Bukit Mertajam, 
  2. Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bukit Mertajam, 
  3. Setiausaha Publisiti DAPSY Negeri Pulau Pinang, 
  4. Pengarah Pendidikan Politik, DAPSY Malaysia.
  5. Kemampunaannya memikul amanah serta tangungjawab dalam parti melayakkannya dilantik menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Januari 2011.
Peluang menjadi 'Yang Berkhidmat' dalam Kerajaan Tempatan dimanfaat sepenuhnya demi kepentingan rakyat. Beliau dikenali bergerak aktif menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam mesyuarat MPSP, Steven dikenalli oleh rakan-rakan sebagai policy maker.

Beliau memperkenalkan polisi-polisi baru seperti bajet responsif gender, pengambilalihan gelanggang sukan awam oleh MPSP untuk penjagaan, mewujudkan 1,000 pekerjaan baru dalam MPSP, projek Nudge iaitu satu strategi menggunakan prinsip psikologi sosial untuk menyelesaikan masalah di depot sampah dan projek BetterPenang-MPSPWatch, sebuah aplikasi untuk memudahkan aduan kepada MPSP.

Maka, tidak hairan lah sekiranya Steven merupakan Pegawai Eksekutif Kanan Penang Institute, badan pemikir dan penasihat polisi kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau terlibat dalam penyediaan pelan strategik kerajaan negeri untuk 10 tahun akan datang, Penang Paradigm 2013-2023, yang dilancarkan oleh YAB Lim Guan Eng pada 23 Februari 2013.

Steven juga aktif dalam pergerakan sosial serta perjuangan keadilan sosial. Beliau merupakan Setiauasaha Eksekutif Network of Social Democracy In Asia (SOCDEM) dan terlibat dalam dialog polisi peringkat antarabangsa termasuk dalam isu kesihatan, kebajikan kaum pekerja dan kesaksamaan gender.

Beliau juga merupakan pengasas dan pernah menjadi Pengarah Eksekutif Good Governance and Gender Equaility Society (3Gs) Penang yang memperjuangkan keadilan gender.

Pada tahun 2009, Steven merupakan antara 2 orang pemimpin Malaysia yang dipilih untuk menyertai International Visitors Leadership Programme ke Amerika Syarikat untuk melawat dan memantau peralihan kuasa dari Presiden George W. Bush ke Presiden Barack Obama.

Di peringkat global, Steven dinamakan sebagai Young Global Leader pada tahun 2012 oleh badan ekonomi antarabangsa, World Economic Forum di Geneva Switzerland. Anugerah ini pernah dimenangi oleh tokoh-tokoh seperti David Cameron, Perdana Menteri UK dan Larry Page, pengasas Google.

Steven aktif dalam menulis terutamanya dalam isu-isu seperti keadilan sosial dan gender, demokrasi tempatan dan perancangan bandar serta pembangunan. Pada Jun 2012, beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics”. Buku tersebut mendapat pujian antara lain oleh tokoh United Nations.

Inilah 'ayam tambatan' DAP untuk mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus