04 April 2013

Takut Muhyiddin mungkin punca Najib enggan umum calon Umno BN awal :Shamsul

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin
Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib mungkin terlalu takut dengan timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin sehingga memaksa beliau enggan mengumumkan dengan lebih awam senarai penuh calon Umno Barisan Nasional yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Malah, menurut Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, ketakutan Najib jelas terserlah semasa mengumumkan pembubaran Parlimen semalam.

"Saya percaya keresahan itu membuktikan wujud pelbagai masalah dan konflik dalam Umno BN. Konflik dalaman parti itu akan bertambah parah jika beliau mengumumkan senarai calon lebih awal,” kata Shamsul hari ini di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional mengumumkan hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan diberi kepercayaan bagi mewakili 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara.

Malah, beliau turut melahirkan rasa yakin bahawa Umno Barisan Nasional mampu menang lebih besar berbanding rekod pilihan raya umum lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus