20 May 2013

Elak belanja bocor bukan GST, kata Steven Sim

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihat supaya tidak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekarang kerana dijangka membeban lagi rakyat terbanyak di negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, pendapatan negara masih boleh ditingkatkan melalui tadbir urus Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) sebagaimana dibuktikan di Pulau Pinang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat lain.

Justeru, katanya, Kerajaan Pusat tidak perlu mengikut dalih Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala meningkatkan pendapatan negara sehingga RM27 bilion dengan cara menguatkuasa cukai baru itu.

"Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa Malaysia kerugian RM28 bilion setahun kerana kepincangan dalam pengurusan Kerajaan (Pusat).

"Jika berjaya menutup segala kebocoran di peringkat Kerajaan Pusat, maka 'dividen anti-rasuah' tersebut melebihi pendapatan yang dijangka akan dikutip melalui GST," ujar beliau menerusi emel, kelmarin.

Menurut beliau, pelaksanaan GST yang didakwa "untuk membiayai agenda politik Barisan Nasional" akan membeban lagi 90 peratus rakyat.

Ini kerana, katanya, 40 peratus isi rumah negara berpendapatan kurang RM1,500 sebulan, manakala, hampir 60 peratus lain berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pelaksanaan GST, menurut beliau, sekaligus mengakibatkan rakyat terpaksa berbelanja lebih demi kehidupan.

Selain itu, katanya lagi, rakyat khususnya golongan berpendapatan sederhana seakan menerima 'dua kali ganda hukuman', iaitu membayar cukai pendapatan dan GST.

"Saya di sini membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan GST o oleh Kerajaan Pusat," tegas beliau lagi.

Terdahulu, Idris dilaporkan berdalih, pelaksanaan GST demi merealisasikan janji-janji Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Cadangan menteri itu semasa urus tadbir Kerajaan Pusat didedah 'tiris' hatta kerugian tahunan mencecah kira-kira RM28 bilion.

Ekoran itu, Kerajaan Pusat dinasihat mengikut urus tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang diiktiraf telus dan menguntungkan rakyat.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan lebihan kewangan atau surplas Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2008 berjumlah RM88 juta, diikuti RM77 juta (2009), RM33 juta (2010) dan 138 juta (2011).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus