12 May 2013

Laksana caruman RM600 sempena Hari Ibu :Steven

LAKSANA caruman RM600 setahun kepada suri rumah tangga yang layak sebagaimana diumum dalam Manifesto Pakatan Rakyat sempena Hari Ibu Sedunia hari ini.

Demikian cadangan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menetapkan Manifesto PR terutamanya dasar-dasar pengupayaan wanita seperti caruman RM600 kepada suri rumah tangga yang layak," ujar Steven menerusi emel tengah hari tadi.

Beliau berkata, seruan itu penting dalam membuktikan sama ada Najib benar-benar ikhlas atau sebaliknya selepas menempuhi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Tambah beliau, 51 undi popular kepada Pakatan Rakyat sekaligus menyerlahkan manifesto pembangkang yang menyentuh kepentingan wanita menerima sokongan rakyat terbanyak sekarang.

"Kita (rakyat) telah menyaksikan 'gelombang ibu' menggegarkan arena politik melalui pergerakan massa seperti Mama Bersih, Anti Lynas, Wanita Suara Perubahan...kasih ibu terbukti menjangkau pintu rumah," ujar Steven.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus