22 May 2013

Najib 'Perdana Menteri Minoriti', kata Guan Eng

LIM Guan Eng memberi ucapan pembukaan dalam Forum Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU-13 yang disertai hampir 2,000 hadirin di Komtar baru-baru ini.

KEGAGALAN Barisan Nasional mendapat undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lepas melayakkan Datuk Seri Najib Tun Razak dikenali sebagai 'perdana menteri minoriti'.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian dalam Forum Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU-13 baru-baru ini.

"Dalam demokrasi, majoriti mesti berkuasa dan manoriti mestilah tunduk pada majoriti.

"Yang menang undi popular kalah jadi Kerajaan (Pusat). Yang kalah undi popular jadi Kerajaan (Pusat)...kita pun ada perdana menteri minoriti," ujar Guan Eng di Komtar, George Town.

Menurut Guan Eng, Pakatan Rakyat sepatutnya menubuhkan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan pusat serentak.

Ini kerana katanya, Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendapat kira-kira 68 peratus undi popular rakyat, iaitu peratusan undi popular tertinggi berbanding rekod pilihan raya negeri-negeri lain baru-baru ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat turut meraih 89 kerusi Parlimen dengan undi popular terbanyak, iaitu berjumlah 51.3 peratus.

Barisan Nasional pula, katanya lagi, mendapat 113 kerusi Parlimen sungguhpun undi minoriti parti pemerintah itu hanya 48.7 peratus.

Forum tersebut disertai lebih hampir 2,000 hadirin itu membariskan tiga panelis, iaitu Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Dr. Ong Kian Meng (Ahli Parlimen Serdang) dan Dr. Dzulkifly Ahmad (bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor).

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pula menjadi pengemudi forum pada malam itu. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus