31 May 2013

Pantau kontraktor cegah banjir kilat Sg.Pinang

PENDALAMAN dan pelebaran muara Sungai Pinang boleh menyelesaikan banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang dan DUN Datuk Keramat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lim Siew Khim (tengah) berkata demikian selepas menyertai lawatan Jabatan Pengairan dan Saliran turun meninjau kawasan berkenaan yang menghubungkan lima sungai kecil lain.

"Walaupun muara sungai ini diperdalam sekali tiap-tiap tahun, sekiranya sisa tanah yang dikeruk tidak terus dibawa keluar (dari kawasan banjir kilat), pasti akan ke muara sungai itu semula apabila hujan," ujar beliau di sini baru-baru ini.

Jurutera Daerah Timur Laut JPS, Haslinda Mohamad Hamran dan Saiful Azwan Abdul Malik (Pegawai Khas bagi ADUN Sungai Pinang) turut hadir pada program turun padang itu.

Siew Khim berkata, pihaknya akan bersama-sama JPS memantau kontraktor berwajib supaya kerja-kerja pendalaman dan pelebaran sungai berkenaan mematuhi syarat yang dipersetujui bersama.

Dalam perkembangan sama, Siew Khim turut menyeru warga setempat supaya memulihara kebersihan kawasan sungai tersebut dengan tidak membuang sampah di merata-rata.

Beliau berkata, banjir kilat yang menjadi masalah malar segar di kawasan DUN berkenaan boleh diselesaikan jika sistem nyah banjir berjalan lancar. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus