28 May 2013

Toray rai ulang tahun ke-40 di P.Pinang


SADAYUKI Sakakibara (tengah) bersama isteri meramahi Lim Guan Eng pada majlis Ulang Tahun Ke-40 penubuhan Toray Malaysia di Bayan Baru baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara


ULANG tahun ke-40 penubuhan Perbadanan Perindustrian Toray Malaysia diraikan dengan penuh meriah di Pulau Pinang baru-baru ini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menjadi dif kehormat bagi Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Toray, Datuk Sadayuki Sakakibara, Akihiro Nikkaku (Ketua Pegawai Operasi) dan Hiroshi Yoshimura M. (Pengarah Urusan) pada majlis tersebut.

Nikkaku semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, pihaknya giat memberi tumpuan pada perkembangan ekonomi di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia dalam sektor tekstil, gentian, filem, ubat-ubatan, produk perubatan dan sebagainya.

Guan Eng yang berucap kemudian merakamkan pengharhaan kepada Toray yang berasal dari Jepun setia memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelabutan utama sejak tahun 1973.

"Lebih daripada 3,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja dalam Kumpulan syarikat-syarikat Toray (Malaysia) itu meliputi empat bidang perniagaan utama, iaitu gentian poliester, tekstil, resin plastik dan filem poliester.

"Dengan jumlah RM4.5 bilion pelaburan sekarang dan hasil jualan tahunan sebanyak RM4.1 bilion (melalui industri) Penfibre, Penfabric, Toray Plastics (Malaysia) dan Toray BASF PBT Resin, ia kini salah satu pelabur terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia," ujar beliau di Hotel Equatorial, Bayan Baru. 

Sepanjang Toray beroperasi di Pulau Pinang, difahamkan, syarikat Jepun itu giat melakukan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ekoran itu, Guan Eng berkata, pihaknya berharap Toray akan terus menjadi 'rakan pembangunan ekonomi yang ikhlas' untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.

Berikut adalah antara CSR Toray di Pulau Pinang:

1. Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya, 1982 (RM2.5 juta)
2. Papan elektronik di Stadium Batu Kawan, 1999 (RM6 juta)
3. Tubuh Yayasan Sains Toray, 1993
4. Tubuh Pusat Pemindahan Pengetahuan Toray di Universiti Sains Malaysia (USM), 10 April 2013.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus