27 May 2013

Warga Emas gembira program sumbang RM100 diteruskan

KETUA MENTERI menghargai kegembiraan beberapa warga emas wanita di Maybank Cawangan Chain Ferry dekat George Town baru-baru ini.  |  Foto: Buletin Mutiara

WARGA emas yang menerima sumbangan RM100 daripada Kerajaan Negeri sejurus pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng diberi mandat semula di negeri berkenaan baru-baru ini rata-ratanya melahirkan rasa gembira.

Noorjahan Sultan (gambar kanan), 64, antara warga emas berdaftar yang melahirkan rasa gembira dengan insiatif kebajikan tersebut.

"Terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri. Duit ini boleh lah mak cik beli ubat dan tampung perbelanjaan dapur sikit sebanyak walaupun terima setahun sekali," ujar beliau semasa ditemui di pusat pemberian sumbangan RM100 dekat Maybank Cawangan Pulau Tikus, Pulau Tikus.

Beliau berkata, beliau telahpun menerima sumbangan RM100 masuk tahun ke tiga sejak program itu diperkenal pada tahun 2010.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Sellamah A/P N.Manikam, 66 yang ditemui di pusat pemberian sumbangan yang sama.

Warga emas berdaftar itu berkata, beliau sudah dua kali menerima sumbangan RM100 daripada Kerajaan Negeri.

"Saya tinggal bersama suami sahaja. Suami pun dah tak bekerja kerana tidak sihat.

"Sumbangan ini sangat bermakna buat kami...(untuk) guna beli keperluan rumah," ujar beliau sebak gembira.

Majlis Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas Peringkat Daerah Timur Laut itu dirasmi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Guan Eng semasa berucap melahirkan rasa gembira kerana program sumbangan yang nyata menguntungkan rakyat itu berjaya diteruskan sesegera mungkin selepas selesainya musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut beliau, tadbir urus Kerajaan Negeri secara Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) tanpa rasuah sejak penggal pentadbiran lepas ternyata menguntungkan rakyat.

"Apabila PR (Pakatan Rakyat) menang, bantuan ini diteruskan. Rakyat nampak gembila apabila hak mereka diperkasakan.

"Ini (program sumbangan emas) adalah usaha untuk memastikan 'dividen anti-rasuah' sejak lima tahun lalu diteruskan secara langsung kepada rakyat supaya rakyat lebih gembira dan ceria," ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, majlis pemberian sumbangan RM100 kepada warga emas yang sama turut dilangsungkan peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) baru-baru ini. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus