13 June 2013

22 rangkul anugerah Pejabat Hijau P.Pinang

SEBAHAGIAN penerima daripada syarikat swasta yang memenangi Anugerah Pejabat Hijau 2013 beramah mesra pada Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang 2013 di Auditorium A, Komtar baru-baru ini.

22 pejabat daripada 19 organisasi swasta dan tiga agensi kerajaan diiktiraf sebagai "Pejabat Hijau Pulau Pinang" baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, inisiatif terbaru itu dilancarkan selepas Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan kempen Tiada Beg Plastik Percuma dan larangan bekas makanan polistirena atau 'keranda putih' sejak beberapa tahun lepas.

Pun begitu, katanya, kejayaan yang sedia ada masih tidak memadai bagi merealisasikan impian Pulau Pinang sebagai negeri hijau pertama di Malaysia.

"Pulau Pinang kini dalam proses menjadi negeri hijau pertama di Malaysia," ujar beliau dalam Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang 2013 di Komtar, di sini baru-baru ini.

KETUA Menteri menyerahkan sijil anugerah kepada YDP MPSP.
Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, PGC), Datuk Ar. Patahiyah Ismail (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) dan Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut hadir pada majlis itu.

Melalui inisiatif terbaru tersebut, beliau berharap dapat memangkin pengguna di negeri berkenaan menggutamakan penggunaan produk hijau.

“Setiap pembelian mesti memberikan keutamaan kepada isi kandungan hijau. Contohnya mencetak kad nama, mesti menggunakan kertas kitar semula.

"Melalui usaha ini diharapkan dapat meningkatkan permintaan pasaran produk hijau dan sekaligus menggalakkan lebih ramai pengusaha produk hijau di Pulau Pinang,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng yang juga Pengerusi PDC berkata, Pulau Pinang mencatatkan sasaran kitar semula tertinggi berbanding negeri-negeri lain, iaitu berjumlah 24 peratus.

Berdasarkan pencapaian itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri mampu mencapai 40 peratus kitar semula lebih awal sungguhpun Kerajaan Pusat mensasarkan peratusan itu pada tahun 2020 nanti.

Kerajaan Negeri melalui PGC mula melancarkan kempen Pejabat Hijau Pulau Pinang pada September tahun lepas.

Berikut adalah senarai penerima anugerah Pejabat Hijau Pulau Pinang:

1.  Stec Technology Sdn. Bhd.
2.  Osram Opto Seicunductors (M) Sdn. Bhd.
3.  Spansion (Penang) Sdn. Bhd.
4.  Kalyx Management & Consulting Sdn. Bhd.
5.  DHL Supply Chain (M) Sdn. Bhd.
6.  Shan Poornam Metals Sdn. Bhd.
7.  MPSP
8.  Alam Aliran Kualiti (M) Sdn. Bhd.
9.  Intel Product (M) Sdn. Bhd.
10. Bubbly Rich International Sdn. Bhd.
11. Western Digital Media (M) Sdn. Bhd.
12. PMI Stamping & Moulding Sdn. Bhd.
13. Cycle Trend Industries Sdn. Bhd.
14. Delta Business Solutions Sdn. Bhd.
15. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang
16. Pejabat Ketua Menteri
17. Cradotex (M) Sdn. Bhd.
18. Perfect Press Sdn. Bhd.
19. Flextronic Technology (Penang) Sdn. Bhd.
20. Georgtown City Hotel

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus