04 June 2013

Khalid Samad pilih 'kukuh kepimpinan ulamak'

Sebagai salah seorang 'Arkitek Pas' yang menggagas model Majlis Syura parti pada era 1980-an, Khalid Samad berkata institusi tertinggi itu masih relevan dengan landskap perubahan politik Malaysia sekarang.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia itu berkata, Muktamar yang menyaksikan saingan kali ini seharusnya menjurus pada Mengukuh Kepemimpinan Ulamak.

"Melaksanakan keadilan, amanah dalam perjanjian, toleransi, ilmiah dan benar-benar fakeh dengan politik dakwah Malaysia boleh mengukuh kepimpinan ulamak.

"Kepimpinan ulamak atau lebih tepat Majlis Syura perlukan tafsiran yang tepat menurut perlembagaan," ujar beliau dalam satu wawancara eksklusif di George Town petang tadi.

Atas maksud itu, beliau berkata, beliau menulis beberapa tulisan di blog peribadinya sungguhpun terpaksa berdepan pelbagai kontroversi daripada dalam parti.

Tulisan-tulisan Khalid yang dimaksudkan antaranya Bertanding di Kota Damansara dari sudut akhlak jamaah Islam, Isu KD: dua kawasan contoh yang patut dibanggakan dan terbaru Respons: Perang Uhud dan Kota Damansara.

Dalam perkembangan sama, beliau menyampaikan wacana "PRU13: Rahsia Kejayaan Pas Selangor" di depan akar umbi Pas di Dewan JKKK Bayan Lepas.

Ikuti wawancara lanjut selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus