04 June 2013

Maklum balas MPSP Watch, Better Penang dialu-alukan!

MAKLUM balas pintar melalui operasi MPSP Watch diiktiraf banyak membantu Majlis Perbandaran Seberang perai (MPSP) dalam meningkatkan mutu pelanggan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya menerima 1,295 maklum balas sejak MPSP Watch ditubuhkan pada bulan Julai 2011 serta operasi melalui media sosial Facebook menggalakkan hingga sekarang.

"Sebanyak 96 maklum balas yang diterima pada tahun 2011 telah diselesaikan," ujar beliau dalam mesyuarat penuh MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kesemua 680 maklum balas yang diterima dalam tahun 2012 turut berjaya diselesaikan.

Tambahnya lagi, MPSP menerima 519 maklum balas sejak bulan Januari hingga 29 Mei lepas.

Dari jumlah itu, katanya, 491 maklum balas berjaya diselesaikan.

"28 maklum balas (berbaki) masih dalam tindakan (MPSP)," ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan satu lagi aplikasi mesra pelanggan yang dikenali sebagai Better Penang Versi Apple IOS.

Beliau berkata, aplikasi yang dilancarkan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow pada Mac lepas itu mempunyai peranan yang sama dengan Watch MPSP

Justeru, beliau berkata, MPSP mengalu-alukan maklum balas daripada seluruh warga Seberang Perai melalui dua aplikasi pintar tersebut, iaitu MPSP Watch dan Better Penang Versi Apple IOS. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus