20 June 2013

Pulihara Sungai Derhaka komitmen GMC Gamuda

ROZALI Mohamud (berkopiah) bersama-sama peserta Kempen Pemuliharaan Sungai Derhaka melontar bola selut ke dalam sungai di sini baru-baru ini.

iNiSiATiF memulihara Sungai Derhaka di sini menjadi satu lagi rekod rancangan pembangunan kehijauan kendalian pemaju GMC Gamuda.

Pengurus projeknya, Bryian Lee Fong Hock berkata, pemajuan landasan kereta api berkembar dari Kuala Lumpur ke Padang Besar merentasi 90 batang sungai yang wajar terus dipulihara.

"Menyedari hakikat itu, GMC Gamuda akan membina kolam perangkap sampah, selain, menggunaan bola lumpur di kawasan-kawasan pemajuan.

"Kawasan yang dimajukan tidak boleh sampai memusnahkan sungai-sungai tersebut. Sungai Derhaka ini adalah CSR (tanggungjawab sosial korporat) ke arah kehijauan alam di negeri ini," ujar beliau sempena meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 di perkarangan Depot Keretapi Tanah Melayu (KTM), Bukit Tengah, di sini baru-baru ini.

Bermoto "Fikir hijau sebagai pemuliharaan, bukan pencemaran", pertandingan menyediakan bola selut turut dianjurkan membabitkan lebih 50 komuniti setempat.

Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud semasa merasmikan program itu merakamkan penghargaan kerana memulakan projek CSR kedua di negeri berkenaan.

Beliau berkata, keindahan Taman Tugu Demokrasi dekat Bagan sekarang adalah hasil inisiatif GMC Gamuda sejak beberapa tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, MPSP giat melaksanakan kempen nilai ke arah mengurangkan sampah di negeri berkenaan.

Itu, termasuk langkah mengkompos sampah menjadi baja.

"MPSP tidak galakkan (penyediaan) tong sampah penduduk kurangkan menghasilkan banyak sampah.

"Tahun 2009, 29.47 peratus sampah berjaya dikompos menjadi baja. (Tahun) 2011, 29.47 peratus (sampah dikomposkan)," ujar beliau.

Justeru, beliau berkata, MPSP mensasar pengurangan 5 peratus sampah berdasarkan kejayaan MPSP mengkompos 3 peratus sampah menjadi baja dalam tempoh 2009 hingga 2011. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus