13 June 2013

Tubuh jawatankuasa bebas siasat isu tarah Bukit Gambir

LIM Mah Hui (berdiri) ketika memberikan hujahan isu penggodolan hutan di Bukit Gambir pada Mesyuarat Penuh Majlis di Dewan Bandaran, Padang Kota Lama baru-baru ini.

MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) didesak menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat projek penarahan Bukit Gambir yang dilaporkan kian menjadi tanda tanya banyak pihak.

Ahli Majlis MPPP, Dr. Lim Mah Hui berkata, Pulau Pinang menjadi destinasi menarik disebabkan wujudnya dua aset bernilai di negeri itu, iaitu bukit-bukau dan warisan sejarah.

Justeru, katanya, penggondolan sebahagian besar Bukit Gambir dekat Batu Uban itu sedikit banyaknya menjejas imej Pulau Pinang sebagai antara destinasi tuju sedunia.

“Adalah bernasib baik kerana warisan di Pulau Pinang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa hari ini dan kawasan-kawasan tertentu juga telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan.

“Manakala, bagi kawasan bukit, ia berada di bawah ancaman serius walaupun pada dasarnya seharusnya turut berada di bawah pemeliharaan dan perlindungan,” ujarnya pada Mesyuarat Penuh MPSP di George Town baru-baru ini.

Difahamkan, ECA International selama lima tahun bermula pada tahun 2008 mengiktiraf George Town sebagai "Bandar Ke-8 Paling Sesuai Didiami Di Asia".

Badan antarabanysa itu turut mengiktiraf George Town sebagai bandar paling sesuai didiamii di Malaysia, melepasi status Kuala Lumpur.

Laporan Yahoo Travel dipetik dalam tempoh yang sama turut mengiktiraf George Town sebagai "Pulau Ke-8 Terbaik Dalam Dunia Yang Perlu Dilawati Sebelum Anda Mati".

Ekoran itu, beliau berkata, polisi pembangunan mampan yang menjadi salah satu objektif dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2007 lagi wajar disegarkan semula.

Polisi itu, menurut beliau, antara lain mengklasifikasikan kawasan bukit di atas 250 kaki dari aras laut atau dengan kecerunan melebihi 25 darjah sebagai kawasan pemuliharan melainkan wujud 'projek khas'.

Tuntas itu, beliau berkata, rakyat berhak untuk mengetahui faktar sebenar di sebalik penggondolan Bukit Gambir yang nyata bukan berstatus 'projek khas'.

“Pulau Pinang perlu mengekalkan bukit yang asli dan tidak membenarkan bukit-bukit didirikan kediaman mewah yang hanya dilihat dapat menguntungkan syarikat pelabur mewah dan spekulator sahaja.

“Maklumat awam perlu diberikan untuks emua projek-projek di luar saiz tertentu, proses kelulusan dan mesyuarat OSC (Jawatankuasa Pusat Setempat, MPPP) juga perlu dibuka kepada orang ramai untuk hadir dan bertanyakan soalan,” tegasnya.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chaw Kon Yeow berkata, MPPP akan mengambil langkah perundangan ke atas pemilik tanah Cangkat Bukit Gambir yang didakwa memugar tanah persendirian itu tanpa kelulusan majlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu berkata, pihaknya dalam proses pengesahan pemilik tanah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) negeri sebelum mengemukakan laporan penuh kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pun begitu, katanya, MPPP telahpun mengeluarkan notis pemberhentian operasi serta-merta kepada pihak yang dipercayai sebagai tuan tanah bagi mengelak kesan berantai lain seperti hakisan tanah serta tanah runtuh di kawasan kediaman berdekatan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus