19 July 2013

Batu Maung perlu pelan cegah banjir kilat - ADUN

ABDUL Maik Abul Kassim menunjukkan gambar beberapa sistem peparitan dan longkang yang didakwa tidak sempurna serta dikatakan antara punca berlakunya banjir kilat saban tahun di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara.

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kawasannya memerlukan satu pelan pemajuan sistem perparitan yang lebih sempurna demi mencegah kemungkinan banjir kilat, terutama semasa musim tengkujuh pada bulan Ogos depan.

Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengemukakan cadangan itu dalam satu pertemuan bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.

"(Demi) memastikan sistem peparitan dan saliran yang sempurna, kita juga telah meminta Rapid Action Force DUN Batu Maung untuk turut  memantau pokok-pokok yang perlu ditebang serta retention of flood waters (pembendungan banjir) sempurna,” ujarnya di George Town.

Menurut Abdul Malik, lima kawasan kerap banjir kilat dikenal pasti, iaitu dua di Teluk Tempoyak, Permatang Damar Laut (2), Sungai Ara (1) dan 10 Kongsi (1).

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, penduduk wajar diberi pendedahan mengenai keadah memulihara dan memelihara sistem perparitan di kawasan pemukiman masing-masing sebelum fasa pelaksanaan pelan tindakan dikuatkuasakan.

Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap pelan tindakan berwajib mampu mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus