18 July 2013

KN laksana kajian mutu pelanggan feri - Exco

KERAJAAN Negeri melaksanakan satu kajian kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan feri bermula pada 23 Julai hingga 31 Ogos depan.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng (gambar) berkata, inisiatIf itu dilakukan selepas Kerajaan Negeri menerima banyak aduan melalui surat, emel, panggilan telefon serta interaksi langsung dengan pelanggan sendiri.

"Kajian ini kemudiannya akan dipanjangkan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk diambil tindakan sewajarnya," ujar beliau di Komtar, George Town baru-baru ini.

Menurut beliau, orang awam boleh mendapatkan borang kepuasan pelanggan di kaunter Tingkat 3, Komtar di sini, laman rasmi Kerajaan Negeri (www.penang.gov.my), portal rasmi Ketua Menteri (cm.penang.gov.my), akhbar Buletin Mutiara (BM) terbitan Kerajaan Negeri serta laman sosial Facebook Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dan BM.

Beliau berkata, borang kajian pelanggan yang siap diisi boleh dialamatkan kepada: YB Lim Hock Seng, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 52, Komtar, 10502 Pulau Pinang.

Borang tersebut turut boleh dimasukkan ke dalam kotak khas yang disediakan di kaunter Kerajaan Negeri dekat Tingkat 3, Komtar di sini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri pernah menuntut status Pelabuhan Pulau Pinang kembali bebas dan diserah kepada Kerajaan Negeri sejak dua tahun lepas, namun didakwa mendapat reaksi dingin Kerajaan Pusat.

Pelabuhan di Pulau Pinang sejak era kolonial lagi sebenarnya bebas hingga status itu dibatalkan pada tahun 1969.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus