20 July 2013

MPSP dapat kekal ISO 14007:2004 dua tahun lagi

KETUA MENTERI (baju batik kuning) menyempurnakan gimik pelancaran Tourist Map Seberang Perai dan Soal Selidik Bajet MPSP 2014.

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas kejayaan mengekalkan Persijilan Semula ISO 14001:2004 dalam tempoh dua tahun sehingga 13 Jun 2015 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Justeru, beliau meminta MPSP memberi fokus pada usaha mengukuhkan kedudukan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu demi kepuasan pelanggan.

"Kedudukan kewangan yang semakin kukuh membolehkan MPSP meneruskan program-program yang mengutamakan rakyat," ujar beliau di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif turut berucap pada majlis rasmi tersebut.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dan Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk) turut hadir dalam majlis sama.

Hadir bersama, Setiausaha MPPP, Sr. Rozali Mohamud dan Amir Md. Ghazali (Ahli Majlis).

Guan Eng berkata, MPSP dalam proses mendapatkan pensijilan OHSA 18001:2007.

“Saya difahamkan persijilan ini memerlukan MPSP mengutamakan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

“Ini menunjukkan MPSP mempunyai inisiatif untuk menjaga kebajikan kakitangan yang bekerja di lapangan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut melancarkan Tourist Map Seberang Perai dan Soal Selidik Bajet MPSP 2014.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus