13 July 2013

Resit cukai pintu bukti Kg. Pmtg. Tok Subuh bukan haram

Tak mungkin 52 rumah Melayu di Kampung Permatang Tok Subuh dekat Machang Bubok 'penempatan haram' kerana ada resit pembayaran cukai pintu dibayar kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa berkata demikian sambil mengemukakan dokumen berwajib dalam sesi interbiu eksklusif malam tadi di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Beliau berkata, En. Saniman Sarimin dikesan beberapa kali membayar cukai pintu kepada MPSP sejak tahun 1986 lagi.

Waris arwah masih mendiami rumah bernombor 2864, Kampung Ptg. Tok Subuh, 14000 Bukit Mertajam.

Bukti resit yang diperoleh menunjukkan kali terakhir Melayu berkenaan berbuat pembayaran cukai pintu adalah pada tahun 2004.

Resit pembayaran yang direkod pada tarikh 15 September 1986, 11 September 1995, 24 September 2003 dan 4 November 2004.

"Tak mungkin rumah boleh didirikan dalam kampung itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran tuan tanah yang sebenar.

"Resit pembayaran cukai pintu yang direkod sehingga tahun 2006 membuktikan penempatan Melayu di Kampung Permatang Tok Subuh utuh lebih mendekati sah dari segi undang-undang.

"Bagaimana MPSP boleh meluluskan permohonan pemajuan rumah atau patel serta mengutip cukai pintu," ujar Mohd. Ikhwan Nasser.

Terdahulu, beliau mendakwa 52 penduduk Kampung Permatang Tok Subuh tunggu diusir.

Beliau turut mendesak pihak berwajib menyiasat status Distinct Class Sdn. Bhd. kononnya empunya tanah kontroversi itu.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus