10 July 2013

RM1.5 juta pulih Tapak Pelupusan Sampah Jelutong

CHOW Kon Yeow (paling kiri), Iskandar Basha Abdul Kadir (duduk dua dari kanan) saling berbincang dengan M.I.E. mengenai rancangan pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong baru-baru ini.

PERBADANAN Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memperuntuk RM1.5 juta kepada M.E.I. Konsultan Sdn. Bhd. untuk melaksanakan satu kajian dalam masa tujuh bulan mengenai kaedah pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata M.E.I. sebagai badan pakar antarabangsa turut diminta mengkaji punca kerap berlakunya kebakaran di tapak itu.

Beliau berkata, M.E.I. akan bekerjasama dengan satu lagi badan pakar antarabangsa dalam bidang alam sekitar, rawatan sisa air dan rawatan bekalan air, CH2M Hill bagi menyediakan cadangan menyeluruh berhubung projek memulihara tapak pelupusan sampah berkenaan.

“Mereka turut mempunyai kepakaran pengurusan geoteknikal dan projek. Pasukan tersebut bakal meliputi pakar dalam bidang tempatan dan antarabangsa. Pasukan ini amat memahami cara-cara pembangunan semula dan mengenalpasti kawasan di mana penjimatan kos boleh dibuat.

“Usaha pemulihan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memulihkan kawasan tersebut yang kerap berlaku kebakaran dan masih lagi menerima sisa buangan marin (lumpur) dan batu-batu,” ujarnya pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini di sini.

Timbalan Pengurus Besar PDC, Iskandar Basha Abdul Kadir, Kon Chee Min (Direktor CH2M Hill Malaysia Sdn. Bhd.) dan Ir. Dr. Goh Teik Cheong (Eksekutif Direktor M.E.I. Konsultan Sdn. Bhd.) turut hadir di sini.

Sementara itu, Teik Cheong berkata, kajian yang bakal dibuat oleh pihaknya antara ain akan menumpu pada aspek risiko yang bakal ditanggung oleh masyarakat sekeliling di negeri berkenaan.

“Kita perlu mengkaji jenis-jenis pembuangan yang terdapat di atas tapak pelupusan tersebut dan apakah cara terbaik yang boleh digunapakai.

"Oleh itu, kita memerlukan kira-kira tempoh tujuh bulan bagi menjalankan kajian ini secara menyeluruh, bagaimanapun, ianya bergantung kepada faktor cuaca.

“Proses pemulihan ini memerlukan satu jangka masa. Strategi pengurusan sisa yang terbaik harus dirancang selepas proses kajian dilakukan agar sisa-sisa masa depan tidak akan mempengaruhi proses pemulihan tersebut,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus