13 July 2013

Subang import Hadi kempen muktamar, jernih Kota Damansara?

Kepemimpinan Pas Subang dikesan cuba melobi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri untuk turun berkempen dalam muktamar kawasan yang menyaksikan saingan kali ini.

Langkah itu, menurut sumber parti, demi menghadapi penentangan dalaman daripada akar ubi terhadap kepemimpinan kawasan, ekoran kontroversi Kota Damansara.

"Ini kerja Haji Misni (Yang diPertua Pas Kawasan Subang) dengan menantu presiden, Ustaz Din Ayam (Zaharuddin Mohamad) untuk berdepan isu Kota Damansara.

"Tak mungkin Ustaz Din Ayam sendiri berani berdepan dalam muktamar kawasannya ini selepas Kota Damansara tewas...dia hanya berani post-moterm di luar kawasan sahaja," ujar seorang pemuda Pas Kawasan tengah hari tadi menerusi telefon.

Sumber sama berkata, veteran Pas yang dikenali sebagai Abdul Rahman disebut-sebut bakal mencabar Haji Misni dan Zaharuddin sempena saingan kali ini.

Difahamkan, Kawasan Parlimen Subang terdiri oleh tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bukit Lanjan, Paya Jaras dan Kota Damansara.

Semasa pilihan raya umum baru-baru ini, Zaharuddin dan Haji Misni didedah antara dalang yang mencatur Riduan  Ismail (Ketua Pemuda Pas Kawasan Subang) bertanding atas 'tiket bebas' mencabar penyandang, Dr. Mohd. Nasir Hashim dan seorang lagi calon dari Umno.

Zaharuddin didakwa berjaya mempengaruhi Abdul Hadi mengeluarkan warkah pelantikan calon secara sulit pada awal pagi Hari Penamaan Calon, 20 April lepas.

Tidak cukup dengan itu, Zaharuddin turut didedah berjaya mempengaruhi Abdul Hadi menuduh calon parti rakan terbabit dengan anasir jual pil kuda.

Ucapan tanpa asas Abdul Hadi itu dikatakan memberi kesan berantai pada tapak sokongan rakyat terhadap Pas serta Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum lepas.

Pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara akhirnya  memberi Umno kelebihan menang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus