09 July 2013

Tiada lagi 'orang tengah' mohon lesen MPPP

PERMOHONAN lesen hiburan dan komposit boleh dilakukan secara langsung di pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), George Town mulai sekarang.

Ahli Majlis bagi MPPP, Ong Ah Teong berkata, langkah itu demi mencegah ‘orang tengah’ dari mengaut keuntungan sehingga RM8,000 daripada peniaga untuk satu permohonan sahaja.

Justeru, katanya, permohonan baru menerusi 'orang tengah' bermula pertengahan bulan Jun lepas tidak akan dilayan lagi.

"Tidak ada alasan bagi pemilik perniagaan baru untuk mengunakan 'orang tengah' bagi membuat sesuatu permohonan.

"Setiap permohonan baru perlu melalui pengarah syarikat berkenaan, setiausaha syarikat berkenaan atau pekerja syarikat yang mempunyai (Kumpulan) Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," ujar beliau di sini baru-baru ini.

Difahamkan, MPPP memperuntukan lebih RM40,000 untuk menyediakan sistem berintegriti itu.

Itu, termasuk penyediaan sebuah mesin skrin sentuh untuk tujuan e-permohonan di pejabat MPPP dekat Lebuh Bishop di sini.

Beliau berkata, pelanggan boleh menggunakan e-permohonan dengan mengikut panduan yang disediakan atau mendapatkan borang permohonan sedia ada secara percuma dari kaunter MPPP di pejabat yang sama. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus