01 August 2013

P.Pinang umum bonus setengah bulan gaji

KETUA Menteri sedang menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Komtar, George Town pada pagi tadi.

SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa nanti.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, seramai 3,841 penerima bonus raya yang keseluruhannya berjumlah RM3.73 juta (RM3,734,908.81).

"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.

"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau di sini baru-baru ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Law Choo Kiang, Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I) dan Prof.Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Law Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan) dan Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut pun diberi bonus RM200.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan wibawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menghargai peranan kakitangan awam d negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus