01 August 2013

Tambah RM100 lagi zakat Fakir, Miskin

MOHD. Salleh Man menyerahkan replika cek RM3.7 juta zakat Bantuan Hari Raya kepada 9096 Asnaf Fakir dan Miskin dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

ZAKAT Pulau Pinang (ZPP) menambah RM100 lagi saguhati untuk asnaf Fakir dan Miskin menjadi kadar yang diterima masing-masing berjumlah RM450 dan RM400.

Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man berkata, peningkatan kadar saguhati sempena Hari Raya Puasa itu diputuskan berdasarkan peningkatan jumlah kutipan Zakat Fitrah bagi tahun lepas.

"Kenaikan ini melibatkan pertambahan jumlah agihan kepada RM3,668,350 berbanding tahun lalu RM2,761,450," ujar beliau pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Fakir Miskin di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Samat turut hadir pada majlis yang diadakan di Masjid Jamek Permatang Janggus di sini.

Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata, seramai 9,069 orang pelbagai asnaf menerima Zakat Fitrah menjelang hari lebaran kali ini.

Dari jumlah itu, beliau berkata, seramai 815 asnaf Fakir atau golongan yang berpendapatan kurang daripada keperluan asas, manakala, baki 8,254 asnaf Miskin atau golongan yang berpendapatan cukup untuk menampung keperluan asas.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM366,750 diagihkan kepada 815 asnaf Fakir dan RM3,301,600 diagih kepada 8,254 asnaf Miskin," ujar beliau lagi.

ZPP menyasarkan jumlah kutipan Zakat Fitrah bagi tahun ini sebanyak RM4,314,100 dengan sasaran pembayar 616,300 orang, berbanding jumlah kutipan tahun lepas yang berjumlah RM4,205,131 dengan jumlah pembayar 600,733 orang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus