24 October 2013

KM anugerah pangkat 273 PPS

Semua anggota PPS yang menerima pangkat pelbagai jenis bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri (kiri Mohd. Salleh) dan Mohd. Salleh Man (berkopiah putih) serta Norlela Ariffin (kana Mohd Salleh) pada majlis di sini baru-baru ini

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganugerahkan tiga jenis pangkat kepada 273 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dekat Seberang Jaya baru-baru ini.

“Sebanyak tiga jenis pangkat akan akan disampaikan hari ini, iaitu Ketua Pasukan yang akan menerima tiga paku, Timbalan Ketua Pasukan yang akan menerima dua paku dan Naib Ketua Pasukan yang akan menerima satu paku.

“Ketua Pasukan telah ditetapkan dan dipersetujui oleh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) semasa awal penubuhan satu-satu pasukan.

“Manakala, jawatan timbalan dan naib diputuskan melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh ADUN dan ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Ketua Pasukan di bawah DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing,” ujar beliau pada majlis tersebut.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi PPS, Phee Boon Poh, Dr. Norlaila Ariffin (ADUN Penanti) dan Datuk Mohd. Salleh Man (ADUN Permatang Pasir).

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut melahirkan penghargaan kepada Boon Poh atas kejayaan mewujudkan PPS di semua KADUN sejak tahun 2011.

Difahamkan, tujuan PPS ditubuhkan demi membantu mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat, melalui rondaan penduduk tempatan serta mewujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu.

PPS juga berperanan menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan satu-satu program rasmi Kerajaan Negeri.

Sehingga kini, direkodkan, PPS mempunyai 256 pasukan merangkumi 7,702 anggota dari semua KADUN.

96 pasukan PPS ditubuhkan di peringkat Daerah Timur Laut, Barat Daya (27), Seberang Perai Utara (64), Seberang Perai Tengah (43) dan Seberang Perai Selatan (26).

“Kerajaan Negeri pada tahun ini adalah (berusaha) mencapai sasaran 10,000 ahli PPS,” ujar Guan Eng.  

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus