29 October 2013

Masa depan petani Sg.Limau turut musnah jika TPPA dimeterai Pusat

Kenyataan Media |29 Okt. 2013 |Komtar

MALAYSIA antara 12 negara yang sepatutnya disebut-sebut  menandatangani Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) pada Oktober, sekarang.

Impak berantai dari perjanjian itu, antaranya, turut akan menjejas industri padi negara.

Ini kerana, beras dari Amerika Syariat diketahui umum menerima subsidi yang tinggi akan melimpah di negara ini.

Implisitnya, ratusan ribu keluarga petani di negara ini, termasuk di DUN Sungai Limau turut akan terjejas jika TTPA dimeterai.

Umum mengetahui bahawa beras negara diuruskan oleh Padiperas Nasional Berhad (BERNAS).

Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary antara korporat mesra Umno paling untung kerana dipercayai masih menguasai kepentingan terbesar dalam BEBAS, iaitu 36.81 peratus saham menerusi Budaya Gergasi (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Serba Etika Sdn.Bhd..

Memang petani dapat subsidi daripada Kerajaan Pusat, tetapi tidak sebanyak yang dinikmati oleh pihak Syed Mokhtar.

Tidak mungkin Kerajaan Umno BN Pusat bersedia untuk memperuntukan subsidi beras negara dalam jumlah yang tinggi, lebih tinggi daripada Amerika Syarikat nanti.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir yang kini Menteri Besar Kedah mungkin boleh berjanji kepada semua pengundi di sekitar Sungai Limau bersempena pilihan raya kecil sekarang, bahawa Kerajaan Pusat akan kepentingan subsidi yang lebih tinggi demi memelihara mata pencarian semua petani di DUN berkenaan.

Tetapi, itu mustahil berlaku kerana dua sebab.

Pertama, kewangan negara tidak mampu menandingi kemampuan Amerika Syarikat dalam memberi subsidi yang tinggi, jika TPPA dimeterai negara nanti.

Amerika Syarikat sanggup memeterai perjanjian TPPA dengan Malaysia serta 11 negara berwajib lain pun sebab gergasi ekonomi itu mampu menang dalam saingan ekonomi liberalisasi terbuka tersebut.

Kedua, jika Kerajaan Pusat masih berhasrat memberi peruntukan subsidi yang tinggi untuk beras negara, sekaligus, membayangkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak konsisten dengan formula serta pelan perancangan 'rasionalisasi subsidi' yang diuar-uarkan sebelum ini.

Harga minyak RON95 dan Diesel pada awal September lepas boleh naik 20 lagi atas dalih rasionalisasi subsidi, takkan Kerajaan Pusat boleh tidak rasional sempena pilihan raya kecil sekarang?

Begitu jugalah dalam bab 34 sen subsidi gula dimansuhkan, seperti pengumuman Najib dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.

Sokong calon Umno BN, ertinya, sokong TPPA untuk tutup periuk nasi petani di Sungai Limau.

Sokong calon PAS, ertinya, bangkang habis-habisan usaha Kerajaan Pusat untuk memeterai TTPA serta menjual kedaulatan negara.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis

merangkap

Ahli Seumur Hidup PAS bagi Kawasan Batu Kawan

No.Tel. : 0194241583
Blog     : faqar.blogspot.com
Emel    : zainulfaqary@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus