30 October 2013

MPSP kutip cukai taksiran premis mula 15 Nov.

BUKIT MERTAJAM - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Shariff akan menerima cukai taksiran daripada semua pemilik premis berwajib untuk Penggal Pertama 2014 bermula 15 November depan.

"Pembayaran perlu dibuat sebelum 28 Februari 2014," ujarnya petang tadi dalam mesyuarat penuh majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Maimunah berkata, bil berwajib boleh disemak di Kaunter Bayaran MPSP atau menerusi laman web www.mpsp.gov.my.

"Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web atau agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP," ujar Maimunah lagi.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus