28 November 2013

Tuan tanah ganda tekanan, Pmtg. Tok Subuh sambung bicara esok

LANGKAH pengusiran penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam seakan terus digandakan apabila 22 penama lagi menerima saman daripada tuan tanah Distinct Class kelmarin.

Wakil pihak pembelaan, Ho Leng Hong berkata, perbicaraan tujuh defenden sedia ada yang bersambung 9.00 pagi esok di Mahkamah Majistret Butterworth kemungkinan bersekali dengan 22 penama baru ini.

"Kesemua yang dapat saman sepatutnuya 30 orang, tetapi, seorang telah tarik diri dan akur dengan tuan tanah.

"Kemungkinan saya akan membuat sekali lagi permohonan untuk mengabungkan 22 penduduk asal ini dengan tujuh defenden awal menjadi satu kes," ujar Leng Hong yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Leng Hong memberi maklum balas lanjut sebelum berlangsungnya Mesyuarat Penuh MPSP, pagi tadi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS), Zolkifly Md. Lazim memanggil satu mesyuarat tergempar di George Town 9.00 malam nanti.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi, Khairul Ishak (Pegawai Khas bagi Exco Kerajaan Negeri, Chong Eng) dan A.Tanaletchemy (Aktivis Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Buah Pala) masing-masing mengesahkan kehadiran pada mesyuarat tergempar malam ini.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus