09 December 2013

Bila Umno mahu bina semula robohan kuil di Perai, tanya Rayer

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid didesak untuk menjelaskan janji mereka untuk membina semula kuil di Perai

ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer membangkitkan hal itu sebagai merujuk pada janji rasmi Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (bekas ADUN Teluk Bahang yang kini Timbalan Menteri Kesihatan) dalam sidang DUN pertengahan tahun lepas.

Hilmi, Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang didedah merobohkan kuil Hindu di Perai tanpa notis sah, sebelum ini.

"Sampai sekarang, kuil itu tidak dibina lagi. Aku janji telah dibuat oleh bekas ADUN Teluk Bahang pada sesi sidang DUN tahun lepas," ujar Rayer, wakil rakyat DAP pada sesi perbahasan Bajet 2014, pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid dalam reaksi spontan melahirkan rasa berang dengan Rayer kerana membangkitkan isu yang tiada kaitan dengan Bajet 2014.

Jahara, wakil rakyat Umno meminta Rayer tidak lagi membangkitkan isu yang  membabitkan bukan ahli mesyuarat dewan sekarang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus