28 December 2013

Rompak 100 peratus saham peneroka Felda bukti Umno kencing atas kepala Melayu

AKHIRNYA Felda Ventures Holdings Berhad (FGV) menguasai 100 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad.

Ertinya, peneroka dalam Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) tiada lagi apa-apa harta, termasuk akhir RM2.2 bilion itu.

Timbalan Menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berdalih, "KPF adalah koperasi terbaik dalam pengagihan dan operasi. Kami (Kerajaan Umno Pusat) akan pastikan ia menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu FGV dan KPF..." - The Malaysian Insider.

Kalau 100 peratus saham dalam KPF telahpun 'dirompak', peneroka Felda nak terima durian runtuh atas pertimbangan apa?

Sebelum ini pun, Harakahdaily melaporkan saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini lebih tinggi berbanding dividen yang mereka perolehi," jejas Dr. Rosli Yaakob.

Ada seperkara yang tidak diperjelaskan di sini, iaitu mengapa pemimpin Umno begitu ghairah dengan aktiviti pelaburan Felda di luar negara?

Senang cuci duit haram?

Betul atau tidak, 100 peratus saham Felda sudah 'dirompak', sekaligus bukti Umno sudah kencing atas kepala Melayu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus