11 December 2013

UG: Mohd Salleh anggap Roslan cuba tutup kelemahannya

MOHD. Salleh Man (kiri) bersama-sama Pengerusi Badan Bertindak Tuntut Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) Zolkifly Md. Lazim di DUN Pulau Pinang.

KONTROVERSI isu UG: Bila Salleh Man nak bertemu PM, cuit Roslan Saidin hanya helah ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin untuk alih perhatian khalayak terhadap kelemahan diri wakil rakyat berkenaan.

Demikian respons lanjut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man semasa ditanya mengenai hal yang pernah meledak politik dalaman PAS sejak tahun 2008.

"Dia cuba alih perhatian dewan kepada saya pagi tadi hanya untuk tutup kelemahannya," respons Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Beliau yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) turut mengaku bahawa beliau tidak diberitahu mengenai pertemuan sulit Setiausaha Politik bagi Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan kepemimpinan parti peringkat negeri, semalam.

"Itu mungkin tinjauan tidak rasmi pihak tertentu sahaja," seloroh Mohd. Salleh.

Sumber parti yang diteroka tengah hari tadi memberitahu, beberapa pemimpin pro Kerajaan Perpaduan (UG) Umno dengan PAS menasihat Samsuri supaya mencadangkan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat pungutan suara.

"Pro Mohd. Noor Harun (Setiausaha Perhubungan Negeri Pulau Pinang) yakin mereka boleh menang (dilantik sebagai PJ) jika (pungutan) suara majoriti dilakukan di peringkat kawasan," ujar sumber itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus