08 January 2013

Guan Eng lawat polis mangsa pukul 7 penjenayah

KETUA Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng dijadual bertemu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tuan Azman Abd. Lah pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Pegawainya memberitahu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dijangka melawat anggota polis yang menjadi mangsa keganasan tujuh penjenayah yang berjaya meloloskan diri dari tahanan, di sini semalam.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

Mengapa Salleh Man malas angkat telefon?

KALAU ditanya kepada 10 pengundi di Kawasan DUN Penanti, mungkin 9 setuju bahawa Datuk Mohd. Salleh Man adalah seorang yang malas angkat telefon.

Malam tadi, saya menghubungi Ustaz itu hampir 10 kali untuk mendapatkan maklum balas mengenai ura-ura AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dikerat oleh pemimpin PAS peringkat negeri.

Mujahid 'gugur' di Zakat Pulau Pinang tanpa bincang?

Siapa di sini nak pertikai inisiatif saya mengkritik pemimpin terbuka?

Sebelum itu, saya nak tanya, "Adakah kritik pemimpin terbuka salah di sisi syarak serta perlembagaan PAS?"

Mana salah pun. Saya tidak pernah mengkritik syarak atau melanggar mana-mana dasar PAS, tetapi mengkritik pemimpin yang malas angkat telefon.

Takkan Islam suruh pertahan pemimpin yang malas angkat telefon?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus