Skip to main content

Posts

Showing posts from January 30, 2013

Kalimah Allah: Nasha celaru fiqh Islam, setuju?

CELARU FIQH ISLAM MUNGKIN PUNCA DESAK PEMIMPIN SOKONG BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DIHUKUM MSUSumber hukum syarak ada empat sahaja. Al-Quran dan hadith adalah sumber hukum yang qat'i (tetap).Manakala, ijmak dan qias adalah sumber hukum syarak yang dzonni (fleksibel).Selain daripada keempat-empat sumber itu adalah bukan sumber hukum syarak.Pendapat ulamak mungkin mendekati  sumber hukum syarat atau sebaliknya, tetapi bukan sumber hukum syarak.Pendapat seorang Mufti adalah pendapat ulamak. Fatwa seorang Mufti adakah suatu pendapat ulamak yang diwartakan.Pendapat Mufti juga mendekati sumber hukum syarak atau sebaliknya. Tetapi, fatwa Mufti tidak sampai pada status ijmak yang menjadi salah satu sumber hukum syarak.Syura pula adalah proses perbincangan untuk mengolah persetujuan dalam perkara-perkara dzonniyah.Keputusan musyawarah atau syura sebenarnya di bawah kategori ijtihadi.Dalam fiqh Islam, ijtihad yang dibenarkan syarak dalam dua keadaan sahaja.Pertama, ijtihad dalam memahami …

Adakah Nasha, Hafiz Nordin ikut jejak Hasan Ali 'anti Pas'?

NASHA DESAK PEMIMPIN SETUJU BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DIHUKUM?Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang berbeza pendapat berhubung ketetapan Majlis Syura Ulamak (MSU) melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah wajar dikenakan tindakan tatatertib.Itu hasrat Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa disiar dalam Buletin Tv3  sebentar tadi, semasa diminta mengulas mengenai isu beliau digugurkan dari menganggotai MSU baru-baru ini.Nasharuddin yang pernah disebut-sebut sebagai salah seorang pemuka Kerajaan Perpaduan (UG) Umno-Pas sejak lebih empat tahun lepas turut melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Nik Aziz sebelum ini dipertikai ekoran Menteri Besar Kelantan itu menasihat Nasruddin supaya memilik mana-mana parti yang disukai melainkan Pas."Saya digugur sebagai Ahli Majlis Syura (MSU), bukan dipecat sebagai ahli parti (Pas)," dalih Nasharuddin.Nasharuddin ditemui di Masjid Negara, selepas menyertai satu progra…