03 February 2013

Mampukah Mujahid lonjak Pas hadapi sandiwara 'dialog antara agama' Najib?

BERITA Astro Awani malam ini antara lain melaporkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap usaha dialog antara agama.

Najib, Presiden Umno sendiri percaya bahawa Umno akan terus ditolak dalam PRU13 nanti sekiranya terus menajamkan politik perkauman partinya.

Iltizam politik Najib itu sekaligus akan menguji kemampuan AJK Pas Malaysia, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam merealisasikan Pas sebagai 'Impian Malaysia' sekarang.

Ini kerana, Mujahid beriya-iya sangat nak menjadi 'jambatan' yang saling menghubungkan Pas dan rakyat.

Dalam pertemuan terbaru dengan sekumpulan Paderi dan beberapa Ketua Agama lain di Kangar, Perlis malam tadi, beliau sekali lagi ditanya mengenai semua itu.

Lady Fatimah yang disegani oleh warga Kristian di Negeri berkenaan turut hadir, menyantuni usaha duta Pas itu.

"Perdana Menteri tidak berupaya membawa dialog antara agama ini ke arah memerangi rasuah, mengekang pembaziran wang negara membabitkan isterinya serta memulihkan maruah negara selepas pelbagai khas pembunuhan berprofil tinggi berlaku," respons Mujahid.

Mampukah Mujahid melonjak Pas sebagai 'Impian Malaysia' dalam berdepan dengan sandiwara terbaru Najib sekarang?

Umno kekal menang Putrajaya. Tetapi, rakyat bertambah untung jika PR kian kuat di PRU13

Jadikan ini masej mudah kempen PRU13!!!

Mengapa Dewan Pemuda tiada dalam konvensyen PRU13 Pas semalam?

Konvensyen  'Menuju Putrajaya Dengan Keberkatan' yang diadakan di Seri Kembangan semalam dikatakan berjaya mengheret kembali Pas ke landasan asal, iaitu fokus mendepani pilihan raya serta memang bergaya bersama-sama Pakatan Rakyat.

Pas tidak lagi regid membincangkan mengenai cita-cita partinya, iaitu perihal Hudud dan Negara Islam.

Sebaliknya, Pas berbincang mengenai kepentingan merealisasikan impian umum kelompok pengundi sasaran di kawasan yang ditandingi.

Mereka, generasi muda, wanita, generasi peneroka felda, tentera serta pesara tentera, penggiat media baru 2.0, penjawat Kerajaan, NGO serta Orang Asli.

"Tanpa Pas sedari, kerusi-kerusi yang Pas pilih untuk tanding dulu majoritinya Melayu.

"Dalam pilihan raya umum ke-13 ini, buat pertama kalinya, Pas secara serius membuat segmentasi ke atas semua kelompok pengundi yang ada dalam kawasan yang kita tanding.

"Pas telah memilih semua kerusi majoriti Melayu ini, maka, kita perlu berdepan dengan semua kelompok ini agar Pas menang di kerusi yang Pas tanding," ujar Husam yang juga Pengerusi Road Map Pas ke Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, dua sukarelawan dari Grup Kempen Jokowi diterbangkan dari Jakarta untuk menajam lagi strategi akhir parti

Dari luar dewan tempat berlangsungnya konvensyen, reaksi yang diterima antaranya, konvensyen itu diadakan seakan tanpa partisipasi langsung daripada Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Muka-muka pemimpin Ulamak dan Muslimat peringkat pusat dan negeri ada.

Namun, muka Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi dan timbalannya, Nik Abduh Nik Aziz langsung tidak kelihatan.

Keputusan mesyuarat Pas Pusat menama Nasruddin atau Nik Abduh mengepalai ikrar bai'ah jentera pilihan raya Pas diketepikan begitu saja.

Itupun mujur Kamaruzzaman Ahmad (Penolong Setiausaha Pemuda Malaysia merangkap Ketua Pemuda Wilayah) tiba-tiba muncul membaca ikrar bai'ah.

Jika tiada Kamaruzaman, ertinya konvensyen berlangsung tanpa partisipasi Dewan Pemuda.

Adakah konvensyen persiapan memenangkan Pas di PRU13 sekarang bukan keutamaan bagi Dewan Pemuda; atau Nasruddin-Nik Abduh ada keutamaan lain dari apa yang digagaskan oleh dua Tok Guru kita ini?

Nasha mesra Najib untuk terus dikekal dalam Pas?

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berdalih beliau berbaik dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno demi dakwah dan Najib sendiri tidak pernah menawarkan jawatan dalam parti lawan PAS itu.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia itu, Nasharudin berdalih beliau berbaik dengan pemimpin berkenaan kerana melihat "ada ruang yang saya boleh berperanan untuk negara".

"Saya bukan buat kerja untuk Umno, saya buat untuk negara, untuk agama, serta bangsa, malah ada perkara yang apabila saya cadangkan dan tawarkan, kedua-dua mereka ini sama ada perdana menteri dan timbalan perdana menteri menerimanya dengan terbuka.

"Kalau mereka juga boleh menerima dengan terbuka, kita sebagai rakyat biasa ini perlu mengambil kesempatan itu untuk mencari peluang bagaimana mahu memajukan negara," dalihnya dalam akhbar milik Umno itu.

Tambahnya, Najib tidak pernah menawarkan apa-apa jawatan kepadanya dalam Umno, walaupun menyertai rombongan perdana menteri itu ke Gaza.

"Perdana menteri tidak ada langsung menyebut berkenaan meminta saya menyertai Umno. Sememangnya tidak ada sebarang tawaran dan saya juga sendiri tidak mempunyai niat pada ketika ini untuk meninggalkan PAS mahupun menyertai Umno, lainlah kalau saya memang betul-betul dipecat," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas andaian dalam di kalangan penulis blog bahawa beliau kini menjadi "alat Umno" atau "dibeli Umno".

MP Bachok itu juga mendedahkan, beliau pernah mewakili Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke Syria dalam persidangan speaker negara Pertubuhan Kerajasan Islam (OIC).

Nasharusin berdalih, Pandikar tetap berkeras supaya beliau menjadi wakil walaupun selepas diperjelaskan bahawa beliau merupakan anggota PAS.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus