06 February 2013

Memartabat Islam, Hufaz al-Quran jadikan P.Pinang Impian Malaysia!



SUMBANGAN penghargaan berjumlah RM469,400 kepada keseluruhan 980 Hafiz al-Quran bagi tahun 2008 hingga tahun 2012 sekaligus membuktikan Islam serta umat Melayu semakin dimartabat oleh Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat berbanding era Umno memerintah negeri berkenaan.

Mereka menerima sumbangan RM300 bagi tahun 2008, tetapi, ditingkatkan sehingga RM500 bermula pada tahun 2009 hingga sekarang (2012), iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Umno semasa mencengkam Kerajaan Negeri.

RM30,900 disumbangkan kepada 103 hufaz al-Quran pada tahun 2008, diikuti RM68,500 (137 hufaz bagi tahun 2009, RM90,000 (180 hufaz bagi tahun 2010), RM130,000 (260 hufaz bagi tahun 2011) dan RM150,000 (300 hufaz bagi tahun 2012).

"Semakin ramai orang agama dihargai, rakyat semakin baik, negeri semakin diberkati Tuhan," kata Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus